Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM bantu kebumi mayat bayi tidak dituntut

-

MIRI: Selepas setahun empat bulan tidak dituntut, mayat bayi lelaki yang disimpan di bilik mayat Hospital Miri akhirnya dikebumi oleh Persatuan Penyayang Bandaraya Miri (PPBM) yang bermurah hati membiayai kos pengebumia­n tersebut kelmarin.

Polis Miri sebelum ini meminta Hospital Miri mengebumi mayat tersebut Julai lalu selepas gagal menjejaki saudara terdekat termasuk ibu kandung bayi berkenaan yang meninggal Mei tahun lepas.

Sehubungan itu, Hospital Miri menghantar surat kepada Pengerusi PPBM Pemanca Wilson Siang Lim untuk membantu mengebumik­an mayat bayi tersebut.

Persatuan kemudian membeli keranda dan membiayai kos pengebumia­n termasuk mengadakan upacara sembahyang terakhir.

Turut menderma ialah seorang usahawan wanita dan individu yang menderma sebanyak RM500 untuk membiayai kos pengebumia­n tersebut.

Selepas dikeluarka­n dari bilik mayat, mayat bayi tersebut disimpan di dalam keranda dan dibawa ke tempat pembakaran mayat di Riam.

Di sana, satu upacara sembahyang jenazah dilakukan oleh Deakon Augustine Sadin daripada Gereja Anglikan Miri. Hadir sama Pemanca Wilson Siang dan ahli-ahli persatuan yang lain.

Abu bayi tersebut kemudian dihanyutka­n ke Laut China Selatan.

“Kami melakukan yang terbaik dan termampu untuk menolong mengebumik­an mayat tidak dituntut atau ahli keluarga miskin,” kata Wilson sambil menambah ini bukan kali pertama persatuan menyediaka­n pertolonga­n seumpama itu.

Beliau menambah, persatuan sedih dengan nasib bayi tersebut yang tidak dituntut dalam jangka masa yang panjang.

“Hari ini persatuan gembira kerana dapat menolong dengan kerjasama dermawan yang bermurah hati,” katanya.

Dalam pada itu, persatuan dan kumpulan Gereja Anglikan Miri turut menyampaik­an kerusi roda yang didermakan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang kepada pesakit angin ahmar (strok), Nanta Benang, 78, di Kampung Jagus, Lambir.

 ??  ?? KONGSI KESEDIHAN: Bendahari Persatuan Penyayang Bandaraya Miri (kanan) melihat mayat bayi disimpan di dalam keranda selepas tidak dituntut selama setahun empat bulan di Hospital Miri.
KONGSI KESEDIHAN: Bendahari Persatuan Penyayang Bandaraya Miri (kanan) melihat mayat bayi disimpan di dalam keranda selepas tidak dituntut selama setahun empat bulan di Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia