Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak rancang naik taraf beberapa IPD, perbanyak balai

-

KUCHING: Polis Sarawak merancang menaik taraf beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini serta mewujudkan lebih banyak balai polis.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung berkata, infrastruk­tur-infrastruk­tur sedia ada tidak dapat menampung penugasan polis, lebih-lebih lagi dengan pembanguna­n sosial serta ekonomi pesat negeri ini.

“Rundingan sedang dijalankan dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei dalam mengenal pasti tapak berpotensi di beberapa kawasan terbabit dan hanya selepas itu kita akan mengemukak­an cadangan itu kepada pihak berwajib di peringkat kerajaan persekutua­n untuk pertimbang­an dan peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatannya ke IPD Padawan di sini semalam, sebelum bersara wajib hari ini selepas berkhidmat selama 36 tahun bersama PDRM.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Ng Ah Lek dan Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Yap Fui Lee.

Chai memberitah­u, antara IPD yang perlu dinaik taraf adalah IPD Matu-Daro, IPD Dalat dan IPD Serian.

Manakala kawasan memerlukan balai polis baharu ialah Oya, Belawai yang masing-masing di Mukah, Senadin (Miri) dan Matang Jaya (Kuching).

“Balai Polis Taman Tunku juga dalam perancanga­n untuk diwujudkan di bawah IPD Miri memandangk­an Miri telah mencapai status bandar raya dan kita tidak boleh lagi bergantung kepada Balai Polis Sentral semata-mata sekiranya ingin memberi masa respons (untuk satu-satu kes) yang baik,” katanya.

Setakat ini katanya, Sarawak mempunyai 28 IPD dan 81 balai polis.

Ditanya jika polis Sarawak akan menambah kekuatan polis di kawasan Empangan Hidroelekt­rik Bakun dan Murum, beliau berkata setakat ini kewujudan polis bantuan masih memadai bagi kawasan itu yang turut dibantu anggota daripada IPD Belaga.

“Kita bekerjasam­a dengan Sarawak Energy Berhad yang mengendali­kan kedua- dua empangan itu untuk mewujudkan polis bantuan bagi mengawal keselamata­n di kawasan tersebut.

“Apabila ekonomi dan aktiviti pelanconga­n meningkat, kami akan meletakkan anggota polis di sana,” katanya.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Chai (kanan) mengucap selamat tinggal kepada para pegawai dan anggota IPD Padawan pada hari terakhirny­a bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis semalam, sebelum bersara wajib hari ini. Beliau terdahulu turut melakukan kunjungan ke...
SEMOGA BERJAYA: Chai (kanan) mengucap selamat tinggal kepada para pegawai dan anggota IPD Padawan pada hari terakhirny­a bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis semalam, sebelum bersara wajib hari ini. Beliau terdahulu turut melakukan kunjungan ke...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia