Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung daerah kecil Siburan dibahagi di bawah pentadbira­n Serian, Kuching

-

KUCHING: E k o r a n penubuhan bahagian Serian yang menyaksika­n penyerahan kuasa kepada residen hari ini, beberapa kampung di bawah daerah kecil Siburan dibahagi di bawah pentadbira­n bahagian baharu dan bahagian Kuching.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Siburan Ranum Bari berkata, ini kerana daerah kecil Siburan telah dipisahkan dari bahagian Kuching dan bermula 1 Oktober, ia akan berada di bawah bahagian Serian.

“1 Oktober merupakan peristiwa bersejarah bagi daerah kecil Siburan.

“Sebanyak 25 kampung di bawah daerah kecil Siburan akan berada di bawah pentadbira­n bahagian Serian.

“Manakala 32 kampung akan kekal dalam bahagian Kuching namun berada di bawah daerah kecil Padawan,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Beliau ditemui sempena Majlis Penyampaia­n Bantuan Ihsan Banjir Fasa II Bagi Daerah Kecil Siburan dan Padawan di Dewan Siburan, dekat sini semalam yang disempurna­kan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Roland Sagah Wee In.

Hadir sama Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon, Pegawai Daerah Kuching Ibrahim Kipli, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Rangen Jamang, Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Austin Dimin Niyon dan Ketua Polis Daerah Superinten­den Ng Ah Lek.

Selain itu, Ranum berkata, 21 daripada 47 kampung di bawah daerah kecil Padawan akan dikeluar daripada senarai dan ditempatka­n di bawah pentadbira­n Serian.

Menurut Ranum, kampung-kampung kekal adalah Kampung Sentah, Masaan, Sungai Duuh, Tijirak, Siga, Sinjok, Mundai, Maang, Sungai Riset, Skuduk, Plaman Payang, Chupak, Duras, Beradau, Prutan, Sebanyis, Tabuan Rabak, Pulau Kandis, Menjau, Patung, Kerumboi, Kuang- Toop, Batu Gong Baru, Batu Gong Lama dan Jawa Gunda.

Selain itu ialah Batu 15 hingga Batu 18 di Siburan, Batu 21 hingga Batu 26 di Tapah dan Batu 19 hingga Batu 20 di Beratok.

Manakala kampung terkeluar daripada daerah kecil Siburan ialah Kampung Seratau, Sidanu, Quap, Permas, Betung, Mambong, Sikog, Simboh, Petag, Staang, Bangau, Bunuk, Semaba, Bumbok, Tematu, Sudat, Dangak, Sagah, Bratan, Punau, Giam Baru, Giam Lama, Gerung, Karu, Semadang, Danu, Git, Nyiru Grait, Bawang, Bratan Asah, Sinar Baru serta Pasar Batu 10 (Kota Padawan).

Sementara kampung di daerah kecil Padawan akan dipindahka­n ke pentadbira­n daerah Serian adalah Kampung Sarig, Pesa, Simpok, Peraya, Stabut, Krian, Sira, Subang, Pesang, Begu, Patos, Gayu, Serumah, pekan Teng Bukap, Kawa Belimbing, Darul Islam Belimbing, Semaru, Bukit Nanas, Plaman Dunuk, Padus Stubot, Bisira Rayang, Senah Rayang, Rudan.

 ??  ?? PERUNTUKAN: Jamilah (tiga kiri) menyampaik­an cek kepada Abang Abdul Wahap (dua kanan) sambil disaksikan (dari kiri ke kanan), Salwa, Saadiah, Dayang Horiah dan Emelda.
PERUNTUKAN: Jamilah (tiga kiri) menyampaik­an cek kepada Abang Abdul Wahap (dua kanan) sambil disaksikan (dari kiri ke kanan), Salwa, Saadiah, Dayang Horiah dan Emelda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia