Utusan Borneo (Sarawak)

Matang, Sampadi, Rambungan alami masalah air

Mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran tekanan air rendah di Loji Rawatan Air Matang

- Oleh Siti Aisyah Ramli

Pihak kami (JBPM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri telah turun padang bagi membekalka­n air bersih kepada penduduk di dua kawasan itu yang terjejas teruk kerana tekanan air ter

” lampau rendah. Tiong Ling Hii Ketua Bomba dan Penyelamat, JBPM Zon Kuching

KUCHING: Sebahagian pengguna di kawasan Matang di sini, termasuk Sampadi hingga Rambungan di Lundu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran tekanan air rendah di Loji Rawatan Air Matang.

Ketua Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata, gangguan bekalan air tersebut berlaku ekoran cuaca panas dan ketiadaan hujan yang menyebabka­n loji hampir kering.

Katanya kawasan Sampadi dan Rambungan turut bergantung kepada sumber air dari Loji Rawatan Air Matang dan permintaan air di kawasan Matang sangat tinggi sehingga menjejaska­n tekanan air ke dua kawasan itu.

“Pihak kami (JBPM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri telah turun padang bagi membekalka­n air bersih kepada penduduk di dua kawasan itu yang terjejas teruk kerana tekanan air terlampau rendah.

“Untuk makluman, aktiviti membekalka­n air bersih ke dua kawasan itu akan dilanjutka­n sehingga Loji Rawatan Air Matang kembali normal seperti biasa,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Jelasnya, aktiviti membekalka­n air bersih itu telah dimulakan sejak Selasa lalu dengan menggunaka­n sebuah jentera bomba iaitu Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera tangki air dari Lembaga Air Kuching (LAK) selain diselia penyelia daripada Balai Bomba Lundu.

Selain itu, beliau memberitah­u, antara kawasan lain yang turut terjejas ialah pengguna di Kampung Matang Batu 10, Taman Hidupan Liar Matang, Kubah Family Park, Politeknik Kuching, SMKA Matang, Kampung Jaya Bakti, Kampung Kandung, Kampung Rayu, sepanjang Jalan Telaga Air, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, Kampung Selang Hulu, Kampung Selang Hilir, Kampung Selang Laut, JAKIM, IKMAS dan Kampung Telaga Air.

Terdahulu, dalam perkembang­an lain, Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi mendedahka­n, sepanjang bulan September, tiada laporan berhubung kebakaran besar berlaku di seluruh Sarawak.

Katanya, laporan yang diterima JBPM berkaitan kebakaran, hanyalah beberapa kejadian kebakaran kecil yang melibatkan kawasan tanah kosong atau belukar.

“Selasa lepas, kami menerima dua laporan kebakaran dan telah turun padang bagi memadamkan­nya yang melibatkan kawasan belukar dan tanah kosong iaitu di Sibu dan Kota Samarahan.

“Sebelum ini, juga pada bulan ini (September), ada berlaku satu kebakaran yang agak besar iaitu di Marudi, tetapi ia telah padam secara total pada 24 September lalu dan difahamkan kebakaran itu berlaku di kawasan tanah ladang baharu.

“Secara keseluruha­n untuk September, kami telah menerima sebanyak 73 laporan kejadian kebakaran kecil di seluruh negeri melibatkan kawasan seluas 37 hektar,” dedah beliau.

 ??  ??
 ??  ?? BANTUAN: JBPM Sarawak turut menghantar bekalan air bersih kepada penduduk sekitar kawasan Sampadi hingga Rambungan, Lundu, semalam yang terjejas bekalan air bersih akibat tekanan air terlampau rendah di Loji Rawatan Air Matang.
BANTUAN: JBPM Sarawak turut menghantar bekalan air bersih kepada penduduk sekitar kawasan Sampadi hingga Rambungan, Lundu, semalam yang terjejas bekalan air bersih akibat tekanan air terlampau rendah di Loji Rawatan Air Matang.
 ??  ?? BANTU: Sagah menyampaik­an bantuan ihsan banjir kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
BANTU: Sagah menyampaik­an bantuan ihsan banjir kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia