Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek ditahan, dua masih diburu berhubung samun di Mentari Court

-

PETALING JAYA: Polis menahan dua suspek yang melarikan diri selepas tertembak rakan jenayah mereka ketika cuba menyamun seorang lelaki di Mentari Court di sini, kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya juga masih memburu baki dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kami telah mengenalpa­sti lima lelaki tempatan terlibat dalam kes ini...tiga daripada mereka telah ditahan, manakala dua lagi masih diburu.

“Dua suspek berumur 30 dan 37 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan di sebuah rumah di Petaling Jaya pada jam 4.10 pagi semalam (kelmarin),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di sini, semalam.

Abdul Samah berkata suspek berumur 37 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau yang melibatkan empat kes curi dan satu kes dadah manakala suspek berumur 30 tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

Dalam kejadian jam 7.48 malam itu, mangsa didatangi lima suspek menaiki kenderaan jenis Perodua Viva di tempat letak kereta pangsapuri berkenaan sebelumseo­rang daripadany­a mengacukan pistol ke perut mangsa untuk menggertak­nya menyerahka­n beg sandang yang dibawa.

Bagaimanap­un, mangsa bertindak melawan dan berlaku tarik menarik, mengakibat­kan satu das tembakan dilepaskan secara tiba-tiba yang terkena seorang suspek yang keluar daripada kereta untuk membantu rakannya.

Suspek yang cedera berjaya ditahan semalam manakala rakannya yang lain melarikan diri.

Pada majlis itu, ACP Mohd Zani Che Din menggantik­an SAC Azmi Abu Kassim yang bertukar ke Kontinjen Kuala Lumpur untuk memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan.

Mohd Zani sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/ Internet/ Harta Intelek/ Cakera Optik) JSJK Bukit Aman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Abdul Samah (tengah) menyaksika­n acara Serah Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi (kiri) kepada Mohd Zani (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Abdul Samah (tengah) menyaksika­n acara Serah Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi (kiri) kepada Mohd Zani (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia