Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik

-

KUALA LUMPUR: Kes saman fi tnah yang difailkan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain berkemungk­inan diselesaik­an secara baik.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarka­n bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Peguam C.K Lew, yang mewakili Mustapa, memaklumka­n perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar semalam di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Lew berkata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili keempat- empat defendan itu memberitah­u mahkamah bahawa anak guamnya mencadangk­an supaya kes saman berkenaan diselesaik­an secara baik.

Keempat-empat defendan itu ialah parti PAS, Mustafa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS, Ketua Pengarang Harakahdai­ly Zulkifli Sulong dan Pengarang akhbar online itu, Azmi Yusof.

Namun, Lew berkata kedua-dua pihak masih lagi berbincang mengenai terma penyelesai­an.

Peguam itu berkata sekiranya kes itu tidak da- pat diselesaik­an secara baik, mahkamah menetapkan dua hari bermula 12 Nov untuk perbicaraa­n dan 7 Okt untuk pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Termizi Abdullah, yang mewakili Husam, berkata anak guamnya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Mustapa dalam masa terdekat untuk berbincang sama ada menyelesai­kan kes itu secara baik ataupun sebaliknya.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluark­an perkataan fi tnah terhadap beliau berhubung saham FGVH dalam ceramah politik Husam di Tapak Ekspo Machang, Kelantan, 23 Mac 2013.

Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitka­n perkataan fitnah itu menerusi harakahdai­ly.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman sesawang berkenaan.

Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibi­liti serta menyalahgu­nakan kuasanya bagi kepentinga­n peribadi dan pemimpin UMNO.

Beliau memohon ganti rugi untuk libel, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia