Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n 40 NGO Jumaat ini bantah penceroboh­an Masjid Al-Aqsa

-

KUALA LUMPUR: Ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini Jumaat ini bagi membantah penceroboh­an rejim Israel terhadap masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqd­is.

Perhimpuna­n aman itu, yang dinamakan ‘Hari Kemarahan’, akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretaria­t Kempen Selamatkan AlQuds, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Mohamad Raimi, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, berkata pada perhimpuna­n itu, pihaknya juga akan menyerahka­n memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel.

“Kita telah memaklumka­n kepada pihak kedutaan mengenai perhimpuna­n aman itu dan telah membuat permohonan kepada Polis Kuala Lumpur untuk kebenaran menganjurk­an perhimpuna­n itu. Setakat ini semuanya positif,” katanya dalam sidang media mengenai perhimpuna­n itu, di pejabatnya di sini, semalam.

Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan penceroboh­an terhadap Masjid Al- Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang ‘ibadat dan masa’ antara orang Islam dan Yahudi.

Mohamad Raimi berkata melalui Kempen Selamatkan Al- Quds, pihaknya juga akan menyalurka­n bantuan kewangan hasil derma orang ramai kepada usaha pembelaan Masjid Al- Aqsa melalui ‘ Tabung Baitulmaqd­is’.

Pada sidang media sama, Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata perhimpuna­n itu bukan saja boleh dihadiri oleh umat Islam malah penganut agama lain, terutamany­a penganut Kristian.

“Orang Kristian juga ter- ancam dengan tindakan rejim Israel yang kini melaksanak­an program Judaism di seluruh dunia. Jadi mereka juga boleh sertai perhimpuna­n ini,” katanya.

Pengerusi Sekretaria­t Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin berkata rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum perlu bersama menentang tindakan Israel kini, yang menindas hak asasi manusia atas tiket menentang keganasan.

Sidang media itu dihadiri wakil daripada Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Penyayang Uswah, MyCare, Aqsa Syarif, HALUAN, Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin.

Turut hadir, Exco Pemuda UMNO Armand Azha dan Setiausaha Lajnah Antarabang­sa PAS Mohd Faiz Mohd Nawi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Shabery Cheek (tengah) bersalaman dengan hadirin ketika tiba merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 Pertubuhan Peladang Pahang (Pasfa) malam kelmarin. Turut hadir Pengerusi Pasfa Pahang Datuk Mustafa Kamal Abdul Hamid.
— Gambar Bernama TIBA: Shabery Cheek (tengah) bersalaman dengan hadirin ketika tiba merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 Pertubuhan Peladang Pahang (Pasfa) malam kelmarin. Turut hadir Pengerusi Pasfa Pahang Datuk Mustafa Kamal Abdul Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia