Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah seluruh negara dibuka seperti biasa hari ini

Kenyataan media yang tersebar di media sosial adalah palsu

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan mengarahka­n semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula hari ini.

Menurut kenyataan kementeria­n itu semalam, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipantau sehingga jam 4 petang semalam mendapati hampir semua kawasan menunjukka­n penurunan bacaan.

Walaupun berlaku sedikit peningkata­n bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus sederhana dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah boleh dilaksana-

“Sila ambil maklum, kenyataan media

” ini adalah palsu. P. Kamalanath­an Timbalan Menteri Pendidikan

kan.

“Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarka­n dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” kata kenyataan itu.

Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kementeria­n.

Berdasarka­n laman sesa- wang Jabatan Alam Sekitar, sehingga jam 4 petang ini sebanyak 17 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik).

Di KUALA LUMPUR, Kementeria­n Pendidikan semalam menafikan kenyataan kononnya sekolah-sekolah di beberapa negeri akan ditutup hari ini berikutan masalah jerebu.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanath­an berkata kenyataan media itu yang tersebar di media sosial adalah palsu.

“Sila ambil maklum, kenyataan media ini adalah palsu,” katanya dalam laman Facebook dengan memuat naik gambar kenyataan media yang palsu itu.

Kenyataan media palsu yang kononnya daripada Kementeria­n Pendidikan memaklumka­n bahawa semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan ditutup hari ini (1 Okt) berikutan bacaan IPU sangat tinggi.

Kenyataan palsu itu telah mengeliruk­an orang ramai terutamany­a ibu bapa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia