Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan cadang wujud pusat bantu veteran tentera: Johari

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah pusat bagi membantu veteran tentera yang kurang bernasib baik.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Mohd Johari Baharum berkata cadangan itu sedang dikaji secara lebih mendalam sebelum dilaksanak­an.

“Saya difahamkan ada dalam kalangan veteran tentera yang tinggal sebatang kara dan seakan terbuang berada di rumah orang tua dan sebagainya.

“Perkara ini kita sedang kaji untuk wujudkan satu tempat diurus sendiri Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan kita akan melihat kesesuian lokasi bagi tujuan ini.

“Kita juga akan tambah baik bantuan perubatan kepada veteran tentera,” katanya kepada pemberita dalam lawatan rasminya ke ibu pejabat PVATM di sini semalam.

Mohd Johari berkata kementeria­n menggalakk­an persatuan veteran yang beroperasi secara kecil-kecilan agar berada di bawah satu bumbung bagi memudahkan penyeliaan kebajikan mereka.

“Setakat ini kita mempunyai seramai 130,000 ahli PVATM...masalahnya terlalu banyak persatuan-persatuan kecil. Kita akan kaji balik supaya semuanya diletak di bawah satu bumbung bagi memudahkan sebarang tindakan untuk membantu golongan veteran dapat dilakukan secara berkesan,” katanya.

Pada majlis berkenaan veteren Ng Chow Seng, 80, yang merupakan bekas Pegawai Waran 2, diraikan selepas berjaya memenangi pingat emas bagi kumpulan usianya dalam ‘ World Masters Weightlift­ing Championsh­ip 2015’ anjuran Internatio­nal Weightlift­ing Federation di Finland pada 12 hingga 19 Sept lepas.

Kejayaan itu sekali gus melakarkan namanya pada ‘World Weightlift­ing Hall of Fame’ kerana memenangi pingat emas sebanyak empat kali setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARUMKAN NAMA NEGARA: Mohd Johari (dua,kanan) meraikan Veteran Ng Chow Seng (kiri) yang merupakan atlet bina badan negara ketika melawat ibu pejabat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) semalam.
— Gambar Bernama HARUMKAN NAMA NEGARA: Mohd Johari (dua,kanan) meraikan Veteran Ng Chow Seng (kiri) yang merupakan atlet bina badan negara ketika melawat ibu pejabat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia