Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni rumah orang tua berkuranga­n sejak dua tahun lalu

-

PUTRAJAYA: Jumlah warga emas yang menjadi penghuni di institusi milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara menunjukka­n penurunan sejak dua tahun lalu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara lain disebabkan masih terdapat kesedaran tanggungja­wab terhadap ibu bapa dalam kalangan masyarakat.

Beliau menjelaska­n setakat 31 Julai lalu seramai 1,579 warga emas tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK), berkuranga­n berbanding 1,623 orang pada 2014 dan 1,640 pada tahun sebelumnya.

“Masyarakat masih mempunyai rasa tanggungja­wab kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang telah berumur.

“Ia juga disokong oleh penyediaan perkhidmat­an dalam komuniti seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang kini berjumlah 45 buah di seluruh negara,” katanya kepada Bernama sempena Hari Warga Emas 2015 yang disambut setiap 1 Oktober dan tema sambutan tahun ini adalah #sayangkamu.

Rohani berkata kementeria­nnya tidak bercadang untuk menambah bilangan RSK yang kini berjumlah sembilan buah di seluruh negara kerana jumlah itu mencukupi.

Beliau berkata pihaknya juga aktif untuk menempatka­n warga emas kembali dalam komuniti menerusi pelbagai program sokongan sosial yang dilaksanak­an seperti PAWE dan Homehelp.

PAWE merupakan khidmat bercorak pendamping­an sosial dan pembanguna­n kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara kementeria­n dengan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sehingga Jun lalu seramai 27,287 warga emas telah berdaftar dengan PAWE.

Homehelp pula merupakan usaha kerajaan men- ingkat kesejahter­aan hidup masyarakat khususnya dalam kalangan golongan mudah terasa dan terpinggir dengan membabitka­n kumpulan sukarelawa­n.

“Nilai- nilai keluarga merupakan sistem sokongan yang terbaik untuk warga emas, biarlah penempatan golongan yang memerlukan perlindung­an ini di institusi JKM sebagai langkah terakhir,” katanya.

Rohani berkata sehingga akhir tahun lalu terdapat seramai 2.7 juta orang warga emas di seluruh negara atau 8.8 peratus daripada 30.1 juta rakyat Malaysia.

Berasaskan unjuran yang dibuat, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk merupakan warga emas, katanya.

Selaras dengan unjuran untuk tempoh 15 tahun itu, Rohani berkata lebih ramai pakar warga tua atau pakar gerentolog­i diperlukan bagi memastikan kesejahter­aaan golongan warga emas sentiasa dipelihara.

Katanya ketika ini terdapat seramai 23 pakar gerentolog­i di seluruh negara iaitu masing-masing 10 berkhidmat di Kementeria­n Kesihatan, tujuh di universiti awam dan enam orang lagi di perkhidmat­an swasta.

“Sejumlah 300 jururawat serta penolong Pegawai Perubatan juga telah menjalani Kursus Pos-Basik Perawatan Gerontolog­i. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia