Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited perkasakan bidang pertanian di negara ini: Ahmad Shabery

-

KUANTAN: Kerajaan akan terus memperkasa­kan bidang pertanian di negara ini untuk mengelakka­n kebergantu­ngan terhadap bekalan makanan import menerusi bantuan agensinya di peringkat akar umbi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Persatuan Nelayan Kebangsaan ( NEKMAT), Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) merupakan aset dan penggerak kepada nadi bidang pertanian di negara ini.

“Kerajaan yang baik akan pastikan lebih ramai rakyatnya terlibat dalam sektor per- tanian dan tidak tinggalkan bidang itu walaupun dalam keadaan negara pada masa kini sedang berusaha untuk mencapai taraf negara maju

“Namun sejauh manakah rakyat mahu terus berada dalam sektor itu jika ia tidak memberi pendapatan yang baik... sehubungan itu menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk pastikan kos input pertanian diberikan dengan harga yang murah untuk menggalakk­an rakyat menyertai bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di sini yang turut dihadiri Pengerusin­ya Datuk Mustaffar Kamal Ab- dul Hamid.

Hadir sama Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Seri Saipolbaha­ri Shuib.

Katanya, segala kemudahan pertanian yang diperlukan akan disalurkan menerusi peruntukan yang telah disediakan menerusi agensi-agensi yang berkenaan bagi menghasilk­an lebih banyak sumber makanan untuk negara.

“Ini bukan soal wang ringgit dan bukan juga soal basmi kemiskinan semata- mata, tetapi turut melibatkan ideologi politik yang pertanian mesti dipertahan­kan demi mengelakka­n kebergantu­ngan kepada bekalan makanan import,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia