Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Diraja Selangor nafi Raja Muda menukar agama

Bekas KM Melaka mohon maaf, sumber maklumat tidak sah

-

SHAH ALAM: Dewan Diraja Selangor semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata kenyataan tidak bertanggun­gjawab yang dimuat naik di akaun laman sosial bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik baru-baru ini adalah satu fitnah dan tohmahan semata-mata.

Beliau berkata kenyataan Abdul Rahim yang mengatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah akan bertemu Pope (Ketua Gereja Roman Katolik) di Vatican City juga adalah satu pembohonga­n yang tidak sepatutnya dikeluarka­n ahli politik itu.

Hanafisah menyifatka­n tindakan Abdul Rahim sebagai berniat jahat dan sengaja dilakukan bagi mencemar dan mempersoal akidah Tengku Amir malah beliau

Adalah amat mudah bagi beliau (Abdul Rahim) untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai

” sifat bertanggun­gjawab.

secara langsung mendakwa kononnya baginda telah murtad.

“Dewan Diraja Selangor berpendapa­t dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur- unsur fitnah yang boleh membangkit­kan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Hanafisah, pihak istana turut kesal dengan sikap Abdul Rahim yang langsung tidak menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat berhubung perkara berkenaan sebelum mengeluark­an pendapat dan komen beliau mengenainy­a.

“Adalah amat mudah bagi beliau (Abdul Rahim) untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat bertanggun­gjawab,” katanya.

Tambahnya, dakwaan mengenai isu sama juga pernah tersebar tahun lepas dan telah dinafikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar setelah pihak istana membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan.

Hanafisah berkata akibat daripada status laman sosial Abdul Rahim itu, rakyat terutamany­a yang beragama Islam turut mengeluark­an komen-komen berunsur marah dan benci malah ada yang mencaci Tengku Amir dan Sultan Selangor.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Diraja Selangor menyeru Abdul Rahim menghentik­an serta- merta tindakanny­a dalam menyebarka­n berita palsu dan pembohonga­n berkenaan.

Dalam pada itu, Hanafisah memaklumka­n bahawa Tengku Amir kini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dan akan ditauliahk­an oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekembalin­ya baginda kelak.

Sementara itu, Abdul Rahim menerusi akaun laman sosialnya itu telah memohon maaf berhubung dakwaan tersebut dengan mengakui maklumat mengenai perkara yang ditulisnya tidak dapat disahkan sumbernya. — Bernama

Hanafisah Jais Setiausaha Dewan Diraja Selangor

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Mukhriz menjawab soalan pemberita selepas mengadakan lawatan di Pavillion Malaysia sempena World Expo Milan 2015 semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Mukhriz menjawab soalan pemberita selepas mengadakan lawatan di Pavillion Malaysia sempena World Expo Milan 2015 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia