Utusan Borneo (Sarawak)

Polis T’ganu siap sedia hadapi musim tengkujuh dan banjir

-

GEORGE TOWN: Keputusan larangan menggunaka­n pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum subuh den- gan menggunaka­n pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunaka­n pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamany­a.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincang­an beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahka­n surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaska­n kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetuj­ui sebulat suara berdasarka­n beberapa pertimbang­an terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingk­an kesejahter­aan hidup untuk individu serta masyarakat.

“Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimb­angkan isu ini dari pelbagai sudut.

“Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volum yang sangat kuat,” katanya.

Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-Undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahliahli jawatankua­sa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaska­n kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing. — Bernama HULU TERENGGANU: Polis Terengganu kini giat melakukan persiapan lebih rapi bagi menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir yang boleh melanda pada bila-bila masa sahaja bermula sekarang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagi tujuan itu sebanyak 33 buah bot, 10 buah kenderaan pacuan empat roda dan lapan buah lori tiga tan diletakkan dalam keadaan yang boleh guna dan sedia digerakkan pada bila- bila masa.

Katanya selain itu seramai 500 pegawai dan anggota digerakkan bagi membantu dan mengawal keadaan sepanjang bencana banjir melanda negeri ini.

“Kita juga telah mengarahka­n semua Ketua Polis Daerah mengenal pasti anggota yang akan menyelengg­ara dan mengendali bot penyelamat.

“Sebagai persediaan awal kita akan menghantar anggota dan pegawai terlibat bagi menjalani latihan termasuk latihan menyelamat serta pengendali­an bot,” katanya kepada pemberita selepas program polis bersama masyarakat di sini semalam.

Menurutnya kesemua aset berkenaan telah disiapkan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) sebagai langkah awal jika berlaku bencana alam tersebut, dan jika kekuatan serta aset itu tidak mencukupi pihaknya akan meminta bantuan dari Bukit Aman.

Jelasnya pihak polis juga akan bekerjasam­a dengan agensi lain agar semua operasi menyelamat dan pemindahan mangsa banjir berjalan lancar.

Beliau turut mengarahka­n semua Ketua Polis Daerah melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir di daerah masing-masing.

“Bagi menghadapi bencana kali ini, kita telah memperkema­skan segala peralatan termasuk logistik bagi memastikan kerja pemindahan mangsa banjir dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Rosli turut mengingatk­an penduduk khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta untuk berpindah ke kawasan lebih selamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia