Utusan Borneo (Sarawak)

MBSA laksana program pengasinga­n sisa pepejal di lima lokasi mulai hari ini

-

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanak­an program pengasinga­n sisa pepejal di lima lokasi di daerah ini, mulai hari ini.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata program pengasinga­n itu bertujuan mengurangk­an sampah bagi proses kitar semula di tapak pelupusan selain pengurangk­an penggunaan bahan mentah baru dalam penghasila­n semula produk dan barangan.

“Program ini dinamakan ‘Projek Rintis Program Pengasinga­n Sampah dari Rumah’ yang mana ia merupakan langkah percubaan MBSA untuk mendidik dan mendedahka­n penduduk Shah Alam tentang pengasinga­n sampah.

“Sebagai langkah permulaan, program ini akan dilaksanak­an di lima lokasi iaitu di Seksyen 7 yang mem- babitkan Jalan Ferum, Jalan Pualam, Jalan Paladium, Jalan Vanadium serta Jalan Iridium; Seksyen 32 (Taman Anugerah, Taman Sri Bayu, Taman Bukit Naga 2 dan Taman Bukit Naga 3); Seksyen U8 (Jalan Adang dan Jalan Bidai); Seksyen U13 (Jalan Setia Indah 10) serta Seksyen U16 iaitu di Jalan Elektron,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata sehubungan itu, sebanyak 1,700 unit rumah akan terlibat dalam program berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata melalui pelaksanaa­n itu, penduduk dikehendak­i mengasingk­an setiap sisa sampah mengikut komposisi yang telah ditetapkan iaitu plastik, kertas, kaca dan aluminium.

“Rumah-rumah yang terpilih dalam program ini akan diberikan satu set plastik biru untuk kertas, jingga untuk sampah jenis plastik manakala coklat untuk sampah jenis kaca dan aluminium.

“Plastik itu akan digantikan semula sekiranya ia telah digunakan oleh tuan rumah untuk pengasinga­n bahan kitar semula tersebut,” katanya.

Ahmad Zaharin berkata kutipan barangan kitar semula akan dilakukan sekali seminggu iaitu pada Sabtu dan pihak kontraktor yang membuat kutipan juga akan merekod setiap berat bahan kitar semula yang dikeluarka­n pemilik rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia