Utusan Borneo (Sarawak)

Suarez pastikan Barcelona lupa ketiadaan Messi

-

MADRID, Sepanyol: Luis Suarez melengkapk­an kebangkita­n juara bertahan, Barcelona ketika menangani ketiadaan Lionel Messi untuk menewaskan Bayer Leverkusen 2- 1 dalam aksi Liga Juara- Juara Selasa lepas.

Kyriakos Papadopoul­os meletakkan Leverkusen di hadapan pada minit akhir sebelum rehat ketika Barca bergelut mencari ruang tanpa sentuhan ajaib Messi, yang mengalami kecederaan hujung minggu lepas.

Bagaimanap­un, walaupun turut kehilangan Andre Iniesta kerana kecederaan, Suarez mengubah nasib pasukannya pada 10 minit pertama apabila Sergi Roberto menolak bola muntah selepas rembatan awal Suarez ditepis lemah penjaga gol lawan.

Dan bekas penyerang Liverpool itu menjaringk­an gol kemenangan dua minit kemudian untuk memastikan tiga mata berharga.

Kemenangan itu membolehka­n Barca mendahului Kumpulan E, satu mata di hadapan Leverkusen dan BATE Borisov, yang menewaskan AS Roma 3- 2 pada perlawanan lain dari kumpulan yang sama.

“Kami percaya dengan diri kami sehingga ke akhirnya,” kata Suarez ketika memberitah­u penyiaran beIN Sports.

“Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami harus memenangi perlawanan. Kami menunjukka­n kami adalah juara bertahan.”

Messi hadir pada perlawanan di Nou Camp tetapi rakan- rakan sepasukann­ya bermula hambar dengan bekas penyerang Real Madrid, Javier Hernandez menguji penjaga gol Barca, MarcAndre ter Stegen seawal minit kedua permainan.

Ivan Rakitic mempunyai peluang pertama untuk Barca tetapi tandukanny­a terlalu dekat dengan penjaga gol Bernd Leno, yang mudah menyelamat­kan keadaan.

Sandro Ramirez diberi tugas untuk mengisi tempat Messi dan beliau hampir m e m b a l a s keper- cayaan jurulatihn­ya, Luis Enrique apabila berganding­an cantik dengan Suarez tetapi rembatanny­a berjaya ditepis Leno.

Bagaimanap­un, kepantasan Leverkusen sentiasa satu ancaman dan Kevin Kampl mempunyai dua peluang terbaik apabila cubaan pertamanya tersasar dan rembatan kedua sempat dihadang pertahanan Barca, Gerard Poque.

Leverkusen akhirnya membuka jaringan pada minit ke- 22 dari satu tendangan sudut cantik Hakan Calhanoglu yang melencong mengeliruk­an Ter Stegen, membolehka­n Papadopoul­os menanduk bola.

Ter Stegen menebus kesilapann­ya tidak lama selepas itu apabila menepis rembatan Karim Bellarabi untuk menafikan gol kedua Leverkusen.

Neymar, pemain yang diharap menjadi pengganti Messi untuk menembusi pertahanan Leverkusen, bagaimanap­un seperti mengejar bayang- bayangnya sepanjang permainan sehingga satu cubaannya terkena palang, enam minit sebelum rehat.

Hernandez mensia-siakan peluang menamatkan saingan Barca pada awal separuh masa kedua tetapi rembatanny­a melambung tinggi.

Barca mula menunjukka­n permainan yang lebih meyakinkan walaupun tersentak dengan kecederaan Iniesta, yang terpaksa dikeluarka­n pada minit ke- 60.

Enrique terpaksa menurunkan pemain muda, Munir El Haddadi dan Roberto untuk cuba mengubah nasib pasukan dan kedua- dua pemain itu memberikan impak besar pada 10 minit terakhir.

Roberto menjaringk­an gol penyamaan selepas Leno menepis rembatan awal Suarez untuk gol pertamanya di Eropah sebelum Munir mengumpan bola kepada Suarez untuk menjaringk­an gol k e m e n a n g a n . — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENYELAMAT: Suarez meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Barca pada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen di Nou Camp, Barcelona pada Selasa lepas.
— Gambar AFP PENYELAMAT: Suarez meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan Barca pada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen di Nou Camp, Barcelona pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia