Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho pulang hampa

-

PORTO, Portugal: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, mengharung­i satu malam yang mengecewak­an ketika kembali ke bekas kelabnya, FC Porto di mana pasukannya tewas 1-2 dalam aksi Liga Juara- Juara di sini Selasa lepas.

Gol pembukaan Porto oleh Andre Andre, berjaya diikat oleh Willian pada minit akhir sebelum rehat tetapi Maicon menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke- 52 dalam aksi Kumpulan G.

Porto selayaknya menang dan Mourinho kini gagal menang tiga perlawanan di Estadio do Dragao sebagai pengurus Chelsea, selepas tewas 1-2 pada 2004 dan seri 1-1 pada 2007.

Kekalahan itu menyebabka­n Chelsea tercicir ke tangga ketiga Kumpulan G, satu mata di belakang Porto dan Dynamo Kiev, yang menewaskan Maccabi Tel-Aviv 2-0 di Israel pada perlawanan lain.

“Ia satu aksi yang memberangs­angkan tetapi dengan dua kesilapan yang tidak masuk akal,” kata Mourinho.

“Gol kedua adalah satu kesilapan besar. Kami sudah melihat cara Porto mengambil tendangan sudut. Saya fikir kami mampu menanganin­ya tetapi selain dari kesilapan itu, ia adalah aksi yang seimbang.”

Jurulatih Porto, Julen Lopetegui berkata:

“Kami sangat gembira kerana sikap dan mentaliti pemain. Dalam separuh masa kedua, kami mahu terus menyerang dan mencipta peluang sehingga mencapai kemenangan.”

Ia sentiasa satu perlawanan penuh emosi bagi Mourinho kerana beliau kembali ke kelab di mana beliau menghasilk­an kejayaan satu dekad yang lalu dan membimbing kelab memenangi trofi Liga Juara-Juara pada 2004.

Bagaimanap­un, Mourinho juga memerlukan keputusan positif dari pasukannya untuk mengalih perhatian dari prestasi hambar dalam Liga Perdana dan beliau bertindak tegas dengan pemilihan skuad.

Eden Hazard dan Nemanja Matic digugurkan di bangku simpanan sementara Oscar, Loic Remy dan Radamel Falcao – bekas penyerang Porto – langsung tidak berada dalam skuad.

Sebaliknya, John Obi Mikel, Ramires dan Willian diletakkan dalam kesebelasa­n utama, seperti Diego Costa, yang digantung tiga perlawanan dalam liga domestik.

Iker Casillas, yang tidak sehaluan dengan Mourinho ketika kedua-dua pihak berada di Real Madrid, diturunkan dalam kesebelasa­n utama Porto dan membuat penampilan yang ke-152 dalam Liga Juara-Juara.

Dan beliau menepis dua cubaan Chelsea pada awal permainan, satu menolak Cesc Fabregas sebelum menghalang satu cubaan Pedro Rodriguez.

Jentera serangan Porto, memaparkan Vincent Aboubakar dan Yacine Brahimi, menunjukka­n sedikit potensi mereka tetapi Brahimi berjaya mencemaska­n pertahanan kanan Chelsea, Branislav Ivanovic beberapa kali sebelum membuahkan hasil pada minit ke-39 apabila beliau melepasi kawalan sebelum melakukan rembatan yang berjaya ditepis penjaga gol Chelsea, Asmir Begovic tetapi bola muntah berjaya disempurna­kan oleh Andre Andre.

C h e l s e a m e n g i k a t kedudukan pada minit akhir sebelum rehat apabila William melakukan satu tendangan percuma cantik dari luar kotak penalti.

Pasukan pelawat bagaimanap­un gagal mengekalka­n rentak cemerlang pada lewat separuh masa pertama dan Maicon menyempurn­akan satu tendangan sudut Ruben Neves untuk meletakkan Porto kembali di hadapan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia