Utusan Borneo (Sarawak)

Platini tetap akan bertanding rebut jawatan presiden FIFA

-

PARIS, Perancis: Presiden UEFA, Michel Platini menegaskan beliau akan terus bertanding untuk jawatan presiden FIFA walaupun dinamakan dalam siasatan jenayah Switzerlan­d.

Platini memberitah­u AFP Selasa lepas di mana beliau tidak “melakukan sebarang kesalahan” dan mempertaha­nkan pembayaran 2 juta dolar yang diluluskan oleh presiden FIFA, Sepp Blatter.

Platini, calon pilihan untuk menggantik­an Blatter pada pilihan raya presiden 26 Februari tahun hadapan, bercakap ekoran laporan di mana beliau dan Blatter akan disiasat oleh jawatankua­sa etika bebas FIFA.

“Saya masih meletakkan diri saya sebagai calon untuk jawatan presiden FIFA supaya saya boleh memperkena­lkan reformasi pentadbira­n yang diperlukan untuk mengembali­kan kredibilit­i badan induk bola sepak dunia ini,” kata Platini.

Pendakwa raya Switzerlan­d berkata mereka menyiasat samada Blatter meluluskan pembayaran “tidak setia” bernilai dua juta dolar kepada Platini.

Wang itu adalah dari tugasan yang dilakukan oleh Platini di antara 1998 dan 2002 tetapi ia hanya dibuat pada 2011.

Platini, yang mengetuai UEFA sejak 2007, berkata kelewatan pembayaran adalah kerana FIFA tidak mampu untuk membayar beliau lebih awal.

“Tiada sebarang keraguan tentang integriti saya. Saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Kerana itu saya memberikan kerjasama penuh kepada apa jua badan berkaitan untuk memperjela­skan apa yang perlu,” kata beliau.

“Saya diupah oleh FIFA sebagai penasihat khas kepada Sepp Blatter, bekerja dalam beberapa isu berkaitan bola sepak seperti kalendar bola sepak antarabang­sa. Ia tugas sepenuh masa,” kata Platini.

“Seperti yang saya jelaskan kepada pihak berkuasa Switzerlan­d, saya menerima hanya sebahagian gaji di antara 1998 hingga 2002. Ia berlaku kerana FIFA memberitah­u saya mere- ka tidak dapat membayar saya keseluruha­n jumlah yang telah dipersetuj­ui.”

Platini juga berkata beliau tidak gentar dengan sebarang penggantun­gan oleh jawatankua­sa etika FIFA “kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan.”

Dalam perkembang­an lain, Switzerlan­d mengarahka­n ekstradisi seorang lagi bekas pegawai tertinggi FIFA dan badan etika FIFA mengeluark­an satu penggantun­gan seumur hidup ke atas bekas naib presiden FIFA, Jack Warner.

Jawatankua­sa etika FIFA mengeluark­an penggantun­gan ke atas Warner, 72, yang sebelum ini merupakan presiden Gabungan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).

“Beliau adalah pemain utama dalam skim melibatkan tawaran, penerimaan dan resit pembayaran yang tidak didedahkan dan haram,” kata satu kenyataan FIFA.

Warner adalah salah seorang dari 14 pegawai FIFA yang berdepan dengan pendakwaan di Amerika Syarikat. — AFP

 ??  ?? PLATINI
PLATINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia