Utusan Borneo (Sarawak)

Grosjean akan sertai Haas F1 Team

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Pemandu Formula Satu (F1) dari Perancis, Romain Grosjean – masih tanpa sebarang kemenangan dalam saingan musim ini – dinamakan sebagai pemandu baharu untuk pasukan Haas F1 Team yang akan menyertai perlumbaan tahun hadapan.

Penyertaan pertama pasukan yang berpusat di AS dalam F1 sejak 30 tahun, memilih Grosjean, 29, yang menaiki podium sebanyak 10 kali dari 78 perlumbaan F1 selepas Grosjean mengumumka­n beliau akan meninggalk­an pasukan Lotus yang bergelut dengan masalah kewangan untuk menyertai Haas F1 Team, yang berpusat di North Carolina.

“Ia pastinya mudah untuk terus kekal di sana (Lotus),” kata Grosjean. “Tetapi saya mahu memenangi perlumbaan dan saya juga mahu memenangi kejuaraan. Saya mengambil satu langkah yang baik ke arah sasaran itu.”

Grosjean, di mana podium tunggal beliau sejak 2013 ialah di tempat ketiga di Grand Prix Belgium bulan lepas, pernah menduduki tempat kedua sebanyak dua kali, di Grand Prix Kanada 2012 dan Grand Prix AS pada 2013.

“Kami agak terkejut untuk mendapat seorang pemandu berpengala­man dan beliau akan bekerja dengan lebih kuat berbanding sebelum ini,” menurut pengasas dan pengerusi Haas F1 Team, Gene Haas.

“Dengan Romain, kematangan beliau akan membantu kami berkembang sebagai sebuah pasukan. Beliau pemandu muda berbakat, jadi saya fikir beliau akan banyak membantu.”

Haas berkata masa perancanga­n tambahan dalam pembanguna­n pasukan dan kereta akan membantu pasukannya mengelak nasib yang sama menimpa tiga pasukan yang berpusat di AS gagal dalam F1 sebelum ini.

“Strategi kami berbeza dari pasukan sebelum ini,” kata beliau. “Mereka kekurangan masa. Mereka mempunyai masa enam tahun untuk membina sebuah pasukan. Apa yang berlaku kepada pasukan sebelum ini ialah mereka tidak diberi cukup masa untuk membina kereta yang baik. Kami mengambil masa agak lama untuk membina kereta kami.

“Sasaran utama saya di sini ialah untuk menunjukka­n di mana pengeluar kereta Amerika boleh bersaing dengan kebanyakan pengeluar kompetetif di dunia.”

Grosjean berkata beliau bercakap dengan pengurus pasukan, Guenther Steiner dan kagum dengan perancanga­n Haas.

Beliau akan mula memandu kereta Haas pada sesi uji pandu pramusim 1-4 Mac depan di Catalunya dengan uji pandu kedua pada 15-18 Mac sebelum musim baharu bermula 3 April. — AFP

 ??  ?? GROSJEAN
GROSJEAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia