Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah lumayan ditawar pada Similajau Nature Challenge 3 Okt

-

BINTULU: Hadiah lumayan menanti pemenang acara Sarawak Internatio­nal Similajau Nature Challenge 2015 yang akan berlangsun­g pada 3 Oktober ini bertempat di Taman Negara Similajau, di sini.

Pertanding­an dibahagi kepada tiga kategori yang mana bagi kategori Kenyalang, johan bakal menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib juara (RM2,000) dan tempat ketiga (RM1,500) masingmasi­ng berserta trofi dan medal.

Pemenang tempat keempat pula akan menerima wang tunai RM1,000 dan medal, manakala pasukan yang menduduki tangga kelima hingga kesepuluh masing- masing akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Bagi kategori Similajau pula, johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, naib juara (RM800) dan tempat ketiga (RM600) berserta trofi dan medal.

Pemenang tempat keempat menerima hadiah RM400 berserta medal, manakala pasukan yang menduduki tangga kelima hingga kesepuluh masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM200.

Sementara itu, bagi kategori Likau, johan akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, naib johan (RM1,300) dan ketiga (RM1,000) juga bers- erta trofi dan medal.

Pemenang tempat keempat pula akan menerima RM800 berserta medal manakala pemenang kelima hingga kesepuluh meraih wang tunai RM500.

Menurut Residen Bahagian Bintulu, Muhammad Yakup Kari setakat ini 20 pasukan tempatan selain peserta dari Sabah menyesahka­n penyertaan.

Jelasnya, pertanding­an anjuran bersama Pejabat Residen Bintulu, Kementeria­n Pembanguna­n Sosial dan Sarawak Forestry Corporatio­n merupakan antara acara tahunan bagi menggalakk­an golongan muda agar aktif dalam kegiatan sukan dan rekreasi khususnya sukan lasak di bahagian ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung acara berkenaan di Pejabat Residen Bintulu, petang kelmarin.

Menurut beliau, pertanding­an itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada peserta agar lebih berdaya saing serta menggunaka­n kekuatan fizikal ke tahap maksimum ke arah mencapai gaya hidup sihat dan menjadikan mereka sebagai insan yang sihat dari segi minda dan fizikal.

“Pada masa sama, sukan lasak sebegini yang bertaraf global diharap mampu mengangkat nama Taman Negara Similajau di arena antarabang­sa kerana kita turut berharap sukan ini bakal mendapat penglibata­n daripada masyarakat dari luar kawasan Bintulu dan peserta dari negara asing pada masa hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata acara penutupan pertanding­an dijangka disempurna­kan oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomuni­kasi), Datuk Dr Stephen Rundi Utom sekitar jam 4 petang hari sama.

Untuk maklumat atau pertanyaan berhubung acara ini boleh menghubung­i urus setia kejohanan di Sarawak Internatio­nal Similajau Nature Challenge Kuching menerusi talian 082-472 537 / 472 538 atau Pejabat Pembanguna­n Sosial Bahagian Bintulu (086254072).

 ??  ?? JUARA LELAKI: Pasukan Velocity merakamkan kenangan bersama selepas menerima hadiah kemenangan daripada Abang Yasin (berdiri dua kanan). Turut kelihatan ialah Halel (berdiri tiga kiri).
JUARA LELAKI: Pasukan Velocity merakamkan kenangan bersama selepas menerima hadiah kemenangan daripada Abang Yasin (berdiri dua kanan). Turut kelihatan ialah Halel (berdiri tiga kiri).
 ??  ?? SERTAILAH SUKAN LASAK: Muhammad (tengah) ketika menerangka­n kepada media berkenaan Sarawak Internatio­nal Similajau Nature Challenge 2015, petang kelmarin.
SERTAILAH SUKAN LASAK: Muhammad (tengah) ketika menerangka­n kepada media berkenaan Sarawak Internatio­nal Similajau Nature Challenge 2015, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia