Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk teruja melihat peristiwa bersejarah di Sibu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

PERBARISAN dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Jadi Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Bandar Sibu, baru-baru ini memberi pangalaman baharu kepada orang ramai yang melihat peristiwa bersejarah itu.

Ketika tinjauan Utusan Borneo baru-baru ini, pengunjung ditemui berasa teruja dan bertuah kerana berpeluang menyaksika­n peristiwa bersejarah itu.

Tidak kurang juga berasa gembira kerana dapat melihat Tun Taib serta isterinya, Datuk Patinggi Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib dengan lebih dekat.

Antara pengunjung berasa teruja ialah Jimbau Sirai, 42, yang menganggap peluang menyaksika­n perbarisan dan rapat raksasa tersebut adalah pengalaman baharu.

“Ini kali pertama saya menyaksika­n acara bersejarah seperti ini. Saya berasa bertuah dan berharap pada masa akan datang akan disambut di sini lagi,” katanya.

Jimbau turut mengucapka­n selamat hari jadi ke-79 kepada Tun Taib dan mendoakan Tun panjang umur dan sihat selalu.

Salah seorang pengunjung berasal dari Selangor, Norfizwani Saffie, 31, berasa kagum menyaksika­n acara itu.

Katanya, ini satu peristiwa bersejarah yang tidak mungkin dapat dilihat olehnya di Semenanjun­g Malaysia.

“Biasanya saya melihat perbarisan sempena Hari Merdeka, tetapi hari ini melihat suatu yang baharu dan berlangsun­g dengan meriah.

“Saya berasa sangat kagum dan seronok,” katanya yang datang bersama dua orang anaknya.

Norfizwani berkata, beliau telah dua tahun tinggal di Sarawak kerana mengikut suaminya berasal dari Perak bekerja di sini.

Sementara itu, lebih 10,000 orang awam membanjiri Dataran Sibu seawal jam 7 pagi bagi menyaksika­n perbarisan itu.

Sebanyak 105 kontinjen menyertai perbarisan itu terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pasukan keselamata­n, pertubuhan, badan beruniform, organisasi dan lain-lain.

Orang ramai yang menyaksika­n perbarisan itu turut berpeluang melihat jenterajen­tera berat Jabatan Bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kenderaan awam Jabatan Kastam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

 ??  ??
 ??  ?? SEBARIS: Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia turut mengambil bahagian pada perbarisan tersebut. KAGUM: Norfizwani bersama anak-anaknya seronok dapat menyaksika­n peristiwa bersejarah di Sibu, baru-baru ini.
SEBARIS: Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia turut mengambil bahagian pada perbarisan tersebut. KAGUM: Norfizwani bersama anak-anaknya seronok dapat menyaksika­n peristiwa bersejarah di Sibu, baru-baru ini.
 ??  ?? JIMBAU
JIMBAU
 ??  ?? MESRA: Tun Taib ditemani Ketua Menteri Datuk Patinggi
Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah orang ramai.
MESRA: Tun Taib ditemani Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah orang ramai.
 ??  ?? SERONOK: Seorang pengunjung bersama anaknya menyaksika­n perbarisan tersebut.
SERONOK: Seorang pengunjung bersama anaknya menyaksika­n perbarisan tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia