Utusan Borneo (Sarawak)

Jarak ketampakan dan bacaan IPU tidak boleh dipadankan

-

PUTRAJAYA: Jarak penglihata­n atau ketampakan semasa jerebu tidak boleh digambarka­n atau dipadankan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU), kata Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Mashitah Darus.

Beliau berkata keadaan itu disebabkan jarak penglihata­n diukur dan dikemas kini dalam masa nyata sementara bacaan IPU dikemas kini dalam tempoh 24 jam, yang menyebabka­n kedua-duanya tidak sepadan.

“Walaupun bila nampak pada mata kasar jerebu teruk, tapi kandungan kepekatan adalah rendah disebabkan wap air yang tinggi.

“Ini kerana zarah- zarah atau partikal habuk diserap dan ia menyerakka­n cahaya matahari sehingga menyebabka­n jarak ketampakan kurang,” katanya pada bengkel khas media mengenai ‘ Cabaran Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar Secara Lestari’ di sini, semalam.

Bengkel itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri dan Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan.

Dalam sidang media kemudian, Halimah berkata JAS dijangka melaksanak­an pengukuran jirim zarah lebih halus iaitu bersaiz kurang 2.5 mikrometer (PM2.5) dalam membaca dan menentukan IPU berbanding PM10 ketika ini, selewat-lewatnya pada tahun 2017.

Beliau berkata sebanyak 12 rangkaian Stesen Pengawasan Kualiti Udara yang mampu membaca pada tahap PM2.5 telah dibangunka­n di beberapa kawasan di seluruh negara.

“Kiraan IPU berdasarka­n PM2.5 akan memberi bacaan lebih tinggi berbanding IPU berdasarka­n PM10, namun begitu skala bacaan untuk menentukan status (IPU) baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya masih sama bagi kedua-dua kiraan,” katanya.

Mengenai perbezaan bacaan IPU di Johor dan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) di Singapura, Halimah menjelaska­n republik itu melaksanak­an kiraan PSI berdasarka­n habuk halus kurang PM2.5 sejak 1 April 2014.

Dalam pada itu, Halimah menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada aplikasi yang disediakan dan diiktiraf JAS dalam membaca IPU semasa untuk mengelak kekeliruan dan perbezaan bacaan.

Tiga aplikasi itu ialah Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pusat Meteorolog­i Khas ASEAN (ASMC) dan MyIPU yang dibangunka­n oleh JAS. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SUKAR: Halimah mengulas mengenai isu jerebu pada bengkel khas bersama media di Wisma Sumber Asli semalam.
— Gambar Bernama SUKAR: Halimah mengulas mengenai isu jerebu pada bengkel khas bersama media di Wisma Sumber Asli semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia