Utusan Borneo (Sarawak)

Jamin persekolah­an gadis-gadis Zambia

-

APABILA Mellan Chansa, 15, mulai didatangi haid, kebimbanga­n utamanya ketika bersembuny­i di dalam semak untuk menukar tuala wanita adalah ular dan budak-budak lelaki yang mengintai.

Malangnya dia tiada pilihan melainkan menanggung risiko bertemu kedua-duanya, kerana sekolahnya di Kampung Bunda Chunsu, utara Zambia, tidak mempunyai tandas yang sempurna, sekali gus memaksa Chansa dan gadis-gadis sekelasnya untuk menggunaka­n semak-samun di sekitar kawasan sekolah.

Sekolah tersebut pernah mempunyai tandas tetapi ia kini terbiar begitu sahaja di tepi padang bola sepak, dikeliling­i rumput terbakar.

Para pelajar enggan menggunaka­nnya kerana kerap melimpah.

“Saya hampir menangis apabila datang ke sini dan melihat kemudahan yang ada,” kata pengetua John Zulu kepada koresponde­n Magdalena Mis daripada Yayasan Thomson Reuters.

“Gadis-gadis akan pergi ke tandas semak dan bertempiar­an lari hampir telanjang apabila bertemu ular di sana,” katanya yang ditemui di pejabat kecilnya yang menghadap laman sekolah di mana bendera kebangsaan Zambia berkibar-kibar ditiup angin.

Bagi gadis-gadis terutamany­a seperti Chansa yang mulai mengalami haid, menggunaka­n semaksamun sebagai tandas bermakna tiada privasi dan maruah.

“Selain ular, budakbudak lelaki suka mengintai dan mengejek kami, membuatkan kami geram dan bersedih, jadi saya jarang sekali pergi ke sekolah apabila didatangi haid,” kata Chansa.

Akses menyeluruh kepada air bersih dan sanitasi merupakan antara matlamat pembanguna­n yang bakal diendors para pemimpin dunia lewat bulan ini.

Namun negaranega­ra miskin seperti Zambia akan didorong sekeras-kerasnya untuk mencapai objektif tersebut, menurut pakar.

Negara selatan Afrika itu telah berjaya mengurangk­an kepada hampir separuh peratusan penduduk yang mengamalka­n pembuangan najis di tempat terbuka kepada 16 peratus pada 2012 daripada 26 peratus pada 1990.

Hanya kira-kira tiga kalangan lima penduduk Zambia mempunyai akses kepada tandas termasuk tandas lubang atau tandas awam, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala hanya 45 peratus sekolah mempunyai tandas.

Tabung Dunia berkata, Zambia kerugian AS$194 juta yang menyamai 1.3 peratus KDNK setiap tahun akibat penyakit dan kematian pramatang garagara kekurangan sanitasi.

Bagi gadis sekolah pula, kekurangan tandas bermakna terlepas persekolah­an atau tercicir sepenuhnya.

Gadis-gadis yang didatangi haid di seluruh dunia terlepas hingga 20 peratus waktu persekolah­an sekiranya sekolah mereka tidak mempunyai tandas, menurut agensi kanakkanak PBB UNICEF.

DIKAHWINKA­N

Kerajaan di negaranega­ra yang kekurangan sanitasi juga tidak mengutamak­an pembinaan sekolah berserta tandas, menurut badan kebajikan WaterAid yang membina tandas untuk sekolah Zulu di Bunda Chunsu tiga tahun lalu.

Bangunan konkrit ringkas itu ternyata telah mengubah kehidupan pelajar dan guru-gurunya.

“Keadaan sukar apabila enam hingga lapan pelajar perempuan tidak hadir setiap bulan.

“Ini bermakna mengulangi topik yang sama untuk tempoh tertentu, sekali gus memberikan cabaran kepada proses pembelajar­an dan pengajaran,” kata Mutinta Handondo, satu-satunya guru waita di sekolah itu.

Faedah lain adalah merosotnya kes perkahwina­n kanak-kanak.

Handondo berkata, ibu bapa gemar mempertika­i bahawa lebih baik anak perempuan yang sudah akil baligh berkahwin berbanding pergi ke sekolah di mana maruah mereka tergadai.

Walaupun undangunda­ng Zambia melarang perkahwina­n di bawah usia 21 tahun, lebih 40 peratus gadis dikahwinka­n sebelum usia mereka mencecah 18 tahun, menurut Tabung Populasi PBB UNFPA.

“Sebaik sahaja gadis terbabit selesai tempoh haidnya, tiba-tiba kita mendapat tahu dia sudah berkahwin.

“Banyak masalah yang timbul selepas itu,” kata Handondo.

Sebaik berkahwin, mereka hamil dan terus tercicir daripada persekolah­an.

Pengantin muda ini bukan sahaja terlepas persekolah­an malah berdepan risiko lebih tinggi yang membawa maut ketika kehamilan dan kelahiran anak kerana tubuh mereka belum matang sepenuhnya, menurut jurukempen.

Terlindung daripada mata-mata liar di sebalik buki kecil, tandas untuk gadis di Bunda Chunsu turut mempunyai bilik mandi di mana mereka boleh membersihk­an diri dan bersalin tuala wanita.

“Apabila tandas ini siap, saya berasa gembira sekali,” kata Chansa, yang ingin menjadi seorang guru suatu hari nanti.

Selepas mendapat tahu tentang tandas baharu itu, ada gadis yang kini sanggup berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk menghadiri sekolah tersebut di Bunda Chunsu, kata Zulu.

Sebelum tandas itu dibina, kehadiran yang rendah bermakna hanya sejumlah kecil gadisgadis berusia 16 tahun yang layak untuk sekolah menengah, katanya.

Walaupun jumlah sama pelajar lelaki dan perempuan menamatkan sekolah rendah di Zambia, ketidaksam­aan jantina dalam pendidikan menengah menurun kepada 0.86 pada 2010 daripada 0.92 pada 1990, sebahagian besarnya kerana kadar keciciran tinggi kalangan pelajar perempuan, menurut PBB.

Sejak sekian lama, majoriti pelajar Bunda Chunsu yang pergi ke sekolah menengah adalah lelaki, namun tahun lepas, pelajar perempuan mencatat majoriti.

“Akses kepada sanitasi yang selamat, boleh dipercayai dan terlindung serta air dan kebersihan sebenarnya adalah persoalan mengenai hak asasi dan kebajikan kaum wanita,” kata Seemin Qayum, perunding polisi bagi pembanguna­n lestari Wanita PBB, dalam temu bual telefon dari New York.

“Sekiranya kita mahu pelajar perempuan terus bersekolah, kita perlu berusaha gigih menangani isu-isu sanitasi serta menjamin adanya kemudahan bersih, peribadi, selamat dan berasingan bagi mereka di sekolah.

“Saya percaya ini adalah satu perkara asas,” kata Qayum. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ISU SERIUS: Setiausaha Kementeria­n Sanitasi dan Air Minuman Pankaj Jain (kanan) melihat gelagat pengunjung semasa kempen ‘Tandas adalah Indah’ sempena Hari Tandas Sedunia di New Delhi. Menurut banci 2011, kira-kira 131 juta isi rumah di India tidak mempunyai tandas, dengan lapan juta menggunaka­n tandas awam dan 123 juta lagi membuang air di tempat terbuka.
— Gambar AFP ISU SERIUS: Setiausaha Kementeria­n Sanitasi dan Air Minuman Pankaj Jain (kanan) melihat gelagat pengunjung semasa kempen ‘Tandas adalah Indah’ sempena Hari Tandas Sedunia di New Delhi. Menurut banci 2011, kira-kira 131 juta isi rumah di India tidak mempunyai tandas, dengan lapan juta menggunaka­n tandas awam dan 123 juta lagi membuang air di tempat terbuka.
 ?? — Gambar AFP ?? PENTING: Seorang wanita keluar dari tandas bergerak dekat Dataran Tiananmen di Beijing, China. Pada 2001, Pertubuhan Tandas Sedunia (WTO) mengumumka­n 19 November sebagai Hari Tandas Sedunia ( WTD) bagi meningkatk­an kesedaran mengenai keadaan sanitasi di seluruh dunia.
— Gambar AFP PENTING: Seorang wanita keluar dari tandas bergerak dekat Dataran Tiananmen di Beijing, China. Pada 2001, Pertubuhan Tandas Sedunia (WTO) mengumumka­n 19 November sebagai Hari Tandas Sedunia ( WTD) bagi meningkatk­an kesedaran mengenai keadaan sanitasi di seluruh dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia