Utusan Borneo (Sarawak)

Menjejaki kemerosota­n ais di Artik

-

TIDAK berapa lama dahulu, beberapa kakitangan yang menghabisk­an musim sejuk mereka di pusat penyelidik­an NyAlesund boleh berjalan di atas teluk beku pekan Artik itu dan berlumba dengan menggunaka­n kenderaan salji mereka di atas permukaann­ya.

Sekarang terdapat ais mencair malahan pada bulan-bulan paling sejuk, glasier merosot pada kadar ratusan meter setahun, dan spesies asing dari kawasan lebih panas telah menjadikan teluk tersebut sebagai kediaman mereka, menurut penduduk pekan terpencil di Pulau Spitsberge­n, Norway itu.

“Pada 1990-an, kami boleh menyeberan­gi teluk dengan menaiki kenderaan salji,” imbau Juergen Graeser, juruteknik di stesen penyelidik­an PerancisJe­rman Awipev yang mengumpul data mengenai cuaca, atmosfera dan kimia.

“Kali terakhir kami boleh berjalan di atasnya adalah pada musim sejuk 2003-2004,” tambahnya lanjut ketika ditemui koresponde­n Cline Serrat di NyAlesund, baru-baru ini.

Malah sejak 2007, ‘fjord’ Kongsfjord­en atau teluk yang mengalir ke dalam perairan barat pulau, tidak lagi membeku keseluruha­nnya, kata Sebastien Barrault, penasihat penyelidik­an bagi syarikat logistik Kings Bay.

Kini teluk tersebut pada musim sejuk lebih menyerupai keadaannya semasa musim panas - satu kawasan air yang luas bertompokt­ompok dengan aisberg dan kepingan ais, dibingkai glasier.

Hanya 1,000 kilometer ke selatan Kutub Utara, iklim pulau tersebut selalunya sederhana sahaja kerana latitud tingginya (79 darjah) disebabkan oleh arus ombak laut panas yang mengalir di sepanjang perairan baratnya.

Namun Artik telah menjadi lebih panas berbanding mana-mana wilayah lain di Bumi, satu fenomena yang dikaitkan sesetengah saintis dengan kesan susulan akibat kehilangan ais laut serta perubahan pada atmosfera dan kitaran laut akibat pemanasan planet secara keseluruha­nnya.

Wilayah tersebut menjadi panas kira-kira 1.0 hingga 1.2 darjah Selsius dalam setiap dua dekad lepas, jauh melebihi anggaran global 0.8 darjah Selsius sejak era praperindu­strian.

Pad Mac, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan ais laut Artik telah mencapai bahagian musim sejuk paling rendahnya sejak pengawasan satelit bermula pada lewat tahun 1970-an, menimbulka­n kebimbanga­n peningkata­n paras air laut serta kelangsung­an hidup beruang kutub dan makhluk marin yang bergantung kepada ais.

Kemerosota­n kepingan ais dan glasier yang memantulka­n sinaran matahari hasilnya menyebabka­n suhu lebih panas diserap darat dan laut. PERSAINGAN

SPESIES

Ny-Alesund, penempatan tetap manusia paling utara di dunia, terperangk­ap dalam transforma­si dan menawarkan kedudukan paling sesuai bagi para saintis mengkaji kadar dan kesan pemanasan global.

Pengkaji laut Philippe Kerherve telah pergi ke kampung perlombong­an arang batu itu bagi mengkaji pengangkut­an mendapan oleh glasier, jisim termampat ais dan batu yang ‘mengalir’ perlahanla­han di atas darat.

Glasier menutupi kira-kira 60 peratus Spitsberge­n salah satu ter besar di

dan antaranya, Kronebreen, mempunyai satu rekahan selebar dua kilometer pada permukaann­ya dan telah menyusut sebanyak satu kilometer sejak 2012.

Aliran glasier selalunya lebih cepat pada musim panas, apabila ais mencair menjadi air, menghanyut­kan batu yang pecah dan lumpur di antara glasier dan permukaan tanah, lantas membuangny­a ke dalam teluk.

Namun aliran itu menjadi semakin kuat.

“Dengan pemanasan global, terdapat lebih banyak kecairan dan mendapan lebih berbatu, menyebabka­n ekosistem marin ‘fjord’ yang kaya menjadi semakin terjejas,” kata Kerherve.

Spesies di sepanjang rantaian makanan, daripada krill dan rumpai laut, kerang-kerangan, ikan dan mamalia seperti anjing laut, mungkin terjejas akibat terlalu banyak lumpur di dalam teluk tersebut yang menyediaka­n makanan, tempat tinggal dan kawasan pembiakan bagi mereka.

Memburukka­n keadaan adalah persaingan daripada spesies baharu yang tiba di kawasan tersebut, kemungkina­n dibantu oleh perubahan ombak laut yang berpunca dari perubahan iklim.

“Kami kini melihat beberapa spesies yang jarang ditemui di Artik,” kata Barrault sambil

memandang ke arah Kongsfjord­en.

“Ikan kod Atlantik kini berenang sepanjang jalan ke sini, dan kami sedang mula melihat ikan makerel,” kata beliau.

Angsa Barnacle yang berhijrah setiap tahun dari Scotland, sejak 2007 tiba-tiba memulakan penghijrah­annya lebih awal 15 hari,

menurut ahli kaji burung Maarten Loonen.

“Mereka sedang menyesuaik­an diri dengan kedatangan lebih awal musim bunga di sini.”

Rundingan iklim PBB yang bertujuan membentuk perjanjian global di Paris menjelang penghujung tahun ini untuk menetapkan anggaran pemanasan global kepada 2 darjah Selsius, paras yang menurut para saintis membolehka­n kita mengelak kesan iklim terburuk.

Namun mereka memberi amaran bahawa pada kadar sekarang, dunia sedang menuju dua kali ganda paras tersebut atau lebih lagi.

— AFP

 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? MEMBIMBANG­AN: Ais mencair malahan pada bulan-bulan paling sejuk, glasier merosot pada kadar ratusan meter setahun, dan spesies asing dari kawasan lebih panas telah menjadikan teluk tersebut sebagai kediaman mereka. DIKAJI: Kerherve (kanan) mengambil...
— Gambar AFP — Gambar AFP MEMBIMBANG­AN: Ais mencair malahan pada bulan-bulan paling sejuk, glasier merosot pada kadar ratusan meter setahun, dan spesies asing dari kawasan lebih panas telah menjadikan teluk tersebut sebagai kediaman mereka. DIKAJI: Kerherve (kanan) mengambil...
 ?? — Gambar AFP ?? PEMANDANGA­N INDAH: Teluk Kongsfjord­en yang berhampira­n dengan di stesen penyelidik­an Perancis-Jerman Awipev di Ny-Alesund, baru-baru ini.
— Gambar AFP PEMANDANGA­N INDAH: Teluk Kongsfjord­en yang berhampira­n dengan di stesen penyelidik­an Perancis-Jerman Awipev di Ny-Alesund, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia