Utusan Borneo (Sarawak)

Asid nitrik tumpah di jalan raya berhadapan sekolah

-

KOTA KINABALU: Kirakira 40 liter asid nitrik tertumpah di jalan raya selepas lori yang membawa cecair berkenaan hilang kawalan di bulatan berhadapan Sekolah Kebangsaan ( SK) Kolombong Inanam, di sini pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lori membawa keseluruha­n 73 tong cecair dipercayai asid nitrik hilang kawalan sebaik melalui bulatan berkenaan sebelum lapan tong cecair, mengandung­i 20 liter setiap satu, terjatuh daripada lori berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Lintas Sandrego Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.37 pagi dan menggegask­an sembilan anggota bersama pasukan Hazmat BBP Lintas ke lokasi.

“Siasatan awal di lokasi mendapati dua daripada lapan tong cecair terjatuh dan tertumpah di atas jalan raya.

“Pasukan Hazmat bomba melakukan kerja pembersiha­n selain menyahkan sebarang unsur kimia di lokasi yang boleh membahayak­an perseki- taran dengan menabur serbuk putih di kawasan terjejas.

“Kita juga mengarahka­n orang ramai termasuk murid di sekitar lokasi kejadian agar berpindah sejauh kirakira 500 meter dari kawasan tumpahan.

“Pihak bomba mengambil sampel di lokasi bagi mengenal pasti jumlah keseluruha­n yang diperlukan bagi meneutralk­an kawasan kejadian,” katanya.

Sandrego berkata tumpahan berkenaan bagaimanap­un tidak menyebabka­n kecederaan kepada pemandu lori dan orang awam.

Asid nitrik yang juga dikenali sebagai ‘aqua fortis’ dan ‘spirit of nitre’ adalah salah satu daripada tiga asid bukan organik iaitu asid hidroklori­k dan asid sulfuric. Asid ini selalu digunakan sebagai salah satu peralatan lazim di dalam makmal dan juga sebagai bahan utama untuk membuat letupan, merawat kayu atau perabot, untuk menganalis­is logam, bahan bakar roket dan bertindak sebagai agen pembersih.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra sewaktu dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan membawa muatan tong asid yang diikat secara dua tingkat menggunaka­n tali kecil.

“Sebaik tiba di lokasi, lapan tong yang diikat di bahagian atas terlepas dari ikatan sebelum terjatuh dari lori berkenaan dipercayai tidak diikat dengan kuat dan kemas.

“Berikutan itu, polis mengeluark­an saman mengikut peraturan 19 LN 166/59 Akta Pengangkut­an Jalanraya atas kesalahan menyebabka­n muatan jatuh di atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah Roslinah Diwa berkata, pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi mengelak tindakan asid berbahaya di kawasan berkenaan.

“Kami memantau pembersiha­n yang dilakukan oleh pihak bomba bagi memastikan keadaan di sekitar lokasi kejadian bebas sepenuhnya daripada bahan kimia terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia