Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI membangun pesat 2 dekad di Sabah

Makmal analisis kimia berakredit­asi dan makmal pemprosesa­n makanan antara pencapaian

-

KOTA KINABALU: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan PertanianM­alaysia(MARDI) telah membawa pelbagai pembaharua­n dalam sektor pertanian selama dua dekad institut itu ditubuhkan di Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ber- kata MARDI Sabah turut membangunk­an kemudahan infrastruk­tur seperti makmal analisis kimia berakredit­asi dan makmal pemprosesa­n makanan.

“MARDI turut merangka strategi penting terutama membabitka­n aktiviti promosi teknologi, latihan, pembanguna­n usahawan dan produk berasaskan bahan mentah tempatan bagi memperluas potensi industri pertanian negeri ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada Majlis Pelancaran Orkid Hibrid MARDI dan Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Fadil Osman.

Majlis pelancaran orkid hibrid itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang ke-62.

Sejak ditubuhkan pada 1995, Ahmad Shabery berkata, MARDI Sabah telah memberikan kursus teknologi dan latihan amali kepada 10,000 penduduk tempatan selain khidmat nasihat teknikal dan bimbingan usahawan tekno kepada 50 usahawan pertanian dan asas tani setahun.

MARDI juga terlibat dalam projek ‘My Kampung My Future’, sebuah projek menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 seperti di Kampung Merotai Besar, Tawau, bagi membangunk­an sistem pengeluara­n produk amplang, khidmat teknikal pengeluara­n Rock Melon dan sayuran serta cili secara fertigasi, katanya.

Menurutnya MARDI Sabah turut mencipta pelbagai inovasi dan teknologi baharu untuk pemprosesa­n makanan dan minuman berasaskan bambangan, pengeluara­n rumpai laut, pengering rumpai laut prototaip dan teknologi penanaman padi aerob.

Teknologi dan inovasi baharu serta program dijalankan MARDI dilihat memberi manfaat seterusnya kesan signifikan terutama kepada usahawan industri kecil dan sederhana dalam bidang pertanian di Sabah, katanya. — Bernama

 ??  ?? TUMPAH: Anggota bomba Hazmat melakukan operasi pembersiha­n bagi menyahkan sebarang unsur kimia di lokasi kejadian.
TUMPAH: Anggota bomba Hazmat melakukan operasi pembersiha­n bagi menyahkan sebarang unsur kimia di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia