Utusan Borneo (Sarawak)

Program 1AZAM, komitmen kerajaan bantu golongan miskin jana pendapatan

-

SANDAKAN: Pelaksanaa­n Program 1AZAM merupakan komitmen kerajaan membantu golongan miskin menjana pendapatan dan meningkatk­an taraf hidup keluarga.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata menerusi program itu, golongan terlibat mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawan­an ataupun perkhidmat­an.

Katanya program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) dan dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Pelaksanaa­n program itu memberi banyak impak positif kepada Sabah dalam membantu golongan miskin khususnya di luar bandar keluar dari belenggu kemiskinan dan memperoleh pendapatan,” katanya pada Majlis Penutupan Rasmi Latihan Penjanaan Pendapa- tan Program 1AZAM di sini, semalam.

Latihan lima hari berakhir semalam membabitka­n 25 peserta Kemahiran Pengurusan dan Penyediaan Pelbagai Kek Kukus.

Zakaria berkata menerusi program itu, peserta diberikan peralatan permulaan dan lengkap bagi memudahkan mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan baik dari rumah.

Katanya, kementeria­nnya akan membantu peserta ter- libat yang ingin berniaga di gerai disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau mencadangk­an peserta memulakan perkhidmat­an tempahan secara kecil-kecilan bagi meningkatk­an potensi dan keyakinan diri untuk membuka gerai sendiri.

Menurutnya apa yang penting, mereka harus mempunyai disiplin dan keinginan untuk maju serta berani berdaya saing untuk mencuba dan mengharung­i pelbagai cabaran. — Bernama

 ??  ?? RASMI: Suria memalu gong sebagai simbolik perasmian program Sharps.
RASMI: Suria memalu gong sebagai simbolik perasmian program Sharps.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia