Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Azizan dilantik Ketua Pengarah Baharu IKIM

-

PUTRAJAYA: Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuat kuasa 1 Sept lepas hingga 31 Ogos 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Azizan, 60, menggantik­an Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang bersara pada Ogos lepas.

Beliau berkata pelantikan Azizan, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah IKIM sejak 1 Nov 2011, telah dipersetuj­ui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya Azizan, yang pernah berkhidmat di Universiti Malaya, mempunyai pengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta alam sekitar.

“Pengalaman beliau di peringkat nasional dan antarabang­sa akan membantu IKIM meningkatk­an lagi kefahaman Islam kepada semua masyarakat di dalam dan luar negara,” katanya pada majlis penyampaia­n watikah pelantikan itu di sini, semalam.

Perdana Menteri turut bersetuju melantik Dr Yusri Mohamad, 43, sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Jamil Khir berkata Yusri menggantik­an Senator Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas.

Sebelum ini, Yusri memegang jawatan Timbalan Dipertua YADIM bermula 15 Jan 2014 dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) selama 15 tahun.

“Pengalaman luas beliau sebagai pensyarah akademik selain aktif dalam NGO (badan bukan kerajaan) diyakini dapat menyumbang kepada usaha YADIMdalam bidang dakwah Islamiah,” katanya.

Selain itu, Jamil Khir berkata Lembaga Kenaikan Pan- gkat Perkhidmat­an Awam, Jabatan Perkhidmat­an Awam turut meluluskan pemangkuan 32 Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) ke gred S48, S52 (tujuh orang) dan S54 (tiga orang) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kenaikan pangkat itu membuktika­n kerajaan menghargai dan mengiktira­f peranan golongan agamawan dalam perkhidmat­an awam, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANTIK: Jamil Khir menyampaik­an surat lantikan kepada Dr Yusri Mohamad sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah ( YADIM) yang baharu di bangunan JAKIM semalam.
— Gambar Bernama DILANTIK: Jamil Khir menyampaik­an surat lantikan kepada Dr Yusri Mohamad sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah ( YADIM) yang baharu di bangunan JAKIM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia