Utusan Borneo (Sarawak)

4.5 juta kanak-kanak hilang tempat tinggal

Mereka memerlukan respons yang komprehens­if, sepakat dan mapan, kata UNICEF

-

KUALA LUMPUR: Konflik dan ketidaksta­bilan di Syria, Afghanista­n, Somalia, Sudan dan Sudan Selatan mengakibat­kan perpindaha­n sekurang- kurangnya 4.5 juta kanak-kanak, kata UNICEF menjelang mesyuarat peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai krisis mi- gran dan pelarian global.

Sejak awal 2015, lebih setengah juta orang telah merentasi Mediterran­ean untuk masuk ke Eropah dengan satu perlima daripada mereka yang tiba di perairan Eropah adalah kanak-kanak.

“Sama ada mereka melarikan diri melalui jalan laut atau darat, mereka lazimnya bergantung kepada belas kasihan penyeludup dan terpaksa menanggung kesan fizikal dan psikologi akibat perang, kehilangan tempat tinggal serta permusuhan,” kata Afshan Khan, Pengarah Program Kecemasan UNICEF.

Kanak- kanak yang kehilangan tempat tinggal ini memerlukan respons yang komprehens­if, sepakat dan mapan, katanya.

Afshan berkata UNICEF terus komited dalam menyediaka­n sokongan yang amat diperlukan semasa kanakkanak terbabit melakukan perjalanan ke arah memburu masa depan lebih terjamin.

Di Syria, UNICEF menyediaka­n bekalan air, sanitasi, suntikan vaksin dan sekolah, manakala di Eropah pula agensi itu mewujudkan ruang mesra kanak-kanak dan bekerjasam­a dengan negara tuan rumah dalam menyediaka­n kemudahan terbaik buat mereka.

Di negara membangun, UNICEF membantu menangani punca wujudnya kemiskinan dan kekurangan peluang.

Bersempena mesyuarat PBB itu, UNICEF akan menganjurk­an Twitter bergilirgi­lir hari ini (@UNICEF, 8 pagi EST) untuk membawa luahan hati empat kanakkanak Syria yang kini tinggal di Austria, Jordan dan Turki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia