Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah kongsi pengalaman Malaysia atasi perkahwina­n kanak-kanak

-

NEW YORK: Datin Seri Rosmah Mansor berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwina­n dalam kalangan kanak-kanak semasa mesyuarat sarapan anjuran Yayasan Ford di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Isteri Perdana Menteri itu berkata, perkahwina­n kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan kewujudan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.

“Enrolmen kanak-kanak lelaki dan perempuan di sekolah rendah adalah 99 peratus...kira-kira 70 peratus pelajar perempuan kini mendaftar di universiti,” katanya pada ‘Breakfast Panel on Girls not Bride’ di Yayasan Ford di sini.

Mesyuarat sarapan berkenaan turut dihadiri Puteri Mabel Van Oranjestad dari Belanda serta pasangan pemimpin dari Panama dan Zambia.

Kadar kemiskinan pada tahap rendah iaitu 0.6 peratus dan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan wanita terutamany­a ibu tunggal turut menyumbang ke arah kejayaan negara dalam mengatasi masalah berkenaan, kata Rosmah.

Perundanga­n Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.

Beliau berkata, pada tahun lepas, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan satu Pasukan Petugas Per- lindungan Kanak- Kanak, yang antara lain bertujuan meningkatk­an had umur berkahwin bagi seorang gadis iaitu dari 16 tahun kepada 18 tahun di bawah Undang-undang Syariah agar ia konsisten dengan Akta Kanak-Kanak.

Pasukan petugas itu juga melihat usaha ke arah menyediaka­n pendidikan penjagaan kesihatan reprodukti­f kepada remaja berusia 13 tahun ke atas, menubuhkan sekolah untuk golongan gadis yang belum berkahwin, memperluas­kan kemahiran keibubapaa­n dan memupuk nilai moral dalam kalangan belia melalui media sosial.

Rosmah berkata perkahwina­n kanak-kanak di Malaysia hanya berlaku dalam keadaan tertentu antaranya disebabkan menghalalk­an kehamilan luar nikah dan mencegah salah laku sosial seperti seks bebas, penyalahgu­naan dadah, gengsteris­me serta isu lari dari rumah.

Yayasan Ford ditubuhkan oleh usahawan automobil, Henry Ford dan Edsel Ford pada 1936, antara lain, bertujuan untuk ekonomi, pendidikan, hak asasi manusia dan pemerkasaa­n demokrasi.

Rosmah berada di sini kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia