Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Tabung Haji profesiona­l di Tanah Suci

-

SEPANG: Pengurusan Tabung Haji (TH) begitu profesiona­l ketika menjalanka­n tugas di Tanah Suci melalui model gerak kerja yang merangkumi ‘dari sebesar-besar perkara sehingga ke sekecil- kecil masalah’, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata bantuan yang diberikan TH sehingga ke tahap pengurusan jemaah yang uzur di mana setiap petugas diberi tanggungja­wab untuk menjaga mereka.

“Malah, ada jemaah memberitah­u saya bahawa cara layanan yang diberikan sangat baik melebihi layanan daripada pasangan atau anak-anak mereka sendiri,” katanya kepada media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini semalam bersama 276 jemaah lain.

Beliau berkata pengiktira­fan dan pujian harus diberikan kepada petugas TH yang telah menunjukka­n semangat dan dedikasi tinggi ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim haji tahun ini.

Komitmen luar biasa petugas TH seramai 580 orang untuk menguruska­n 25,105 jemaah tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan termasukla­h ketika berhadapan dengan dua musibah iaitu tragedi kren tumbang pada 11 Sept di Masjidil Haram dan insiden rempuhan di Mina pada 24 Sept, katanya.

“Ibarat pahlawan yang tidak didendang, walaupun berhadapan dua musibah, petugas TH masih mampu mengendali­kannya dengan baik,” katanya.

Asyraf berkata walaupun banyak pujian diterimapi­hak TH termasuk daripada kerajaan Arab Saudi dan negara Islam lain, namun maklum balas daripada jemaah masih diperlukan untuk menambah baik perkhidmat­an pada masa akan datang.

Dalam pada itu, katanya kerajaan Arab Saudi telah melihat Malaysia sebagai negara terawal mengambil langkah serius ketika tragedi kren tumbang berlaku.

“Ini kerana, kita satu-satunya negara yang menterinya hadir ke sana iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Kehadiran mereka dianggap sebagai serius oleh kerajaan negara itu dan kerana itu proses pengecaman dan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan cepat termasuk insiden rempuhan di Mina,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia