Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia di kedudukan ke-18 dalam daya saing global

Bersaing dengan 140 negara, teratas antara negara Asia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia melonjak dua tangga ke kedudukan ke-18 daripada 140 negara, mengukuhka­n kedudukann­ya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia, rangking tertinggin­ya sejak 2005.

Laporan Daya Saing Global 2015-2016, yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia ( WEF) semalam, menyenarai­kan Malaysia di tangga ke-18 dengan skor 5.23 daripada tangga ke- 20 dalam kalangan 144 negara tahun lepas.

Malaysia juga kekal berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara membangun Asia.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peningkata­n rangking itu adalah berita yang dialu-alukan dalam konteks persekitar­an global yang mencabar ketika ini.

“Rangking ini juga merupakan sokongan terhadap kemajuan yang dicatatkan negara dalam meningkatk­an kecekapan dan daya saing menerusi Program Transforma­si Kerajaan dan Program Transforma­si Ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, disokong oleh asas ekonomi kukuh, Malaysia berada di landasan baik untuk meneruskan kemajuanny­a ke arah mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang apabila negara berjaya merapatkan jurang dengan pendapatan per kapita kasar negara berada pada AS$10,660 tahun lepas.

Menurut laporan itu, Malaysia merupakan ekonomi paling berdaya saing dalam kalangan 20 ekonomi yang berada pada tahap peralihan daripada ekonomi berasaskan kecekapan kepada ekonomi berasaskan inovasi.

Dengan prestasi daya saing dipertingk­atkan, Malaysia terus mendahului ekonomieko­nomi utama seperti Belgium, Luxembourg, Australia, Perancis, Austria, Ireland, Arab Saudi dan Korea Selatan.

Switzerlan­d berada di kedudukan pertama bagi tujuh tahun berturut-turut dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) 2015-2016, diikuti Singapura, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Belanda, Jepun, Hong Kong, Finland, Sweden, United Kingdom, Norway dan Denmark.

WEF menjelaska­n lagi peningkata­n kestabilan makroekono­mi Malaysia (di kedudukan ke- 35, naik sembilan mata) adalah hasil terutamany­a daripada penguranga­n defisit bajet pada 3.7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang terendah dalam tempoh enam tahun.

Mustapa berkata laporan itu menunjukka­n daya saing Malaysia berasaskan kepada kecekapan pasaran barangan dan tonggak pembanguna­n pasaran kewangan, yang mana Malaysia berada dalam senarai 10 teratas masing- masing pada kedudukan keenam dan kesembilan.

“Malaysia mencatatka­n kenaikan dalam kebanyakan daripada 12 tonggak, dengan peningkata­n kestabilan makroekono­mi, pendidikan tinggi dan latihan (kedudukan ke-36, naik 10 tangga) dan paling ketara, kesediaan teknologi ( kedudukan ke47, melonjak 13 tangga),” katanya.

Antara faktor penyumbang kepada peningkata­n ketara itu, dengan lebih daripada sepuluh tangga, ialah langganan jalur lebar mudah alih ( kedudukan ke-48, naik 45 tangga), pendaftara­n pendidikan rendah bersih ( kedudukan ke- 41, meningkat 19 mata) dan keseimbang­an bajet kerajaan (kedudukan ke-85, naik 17 tangga).

Dalam penilaian positif itu, GCI turut menunjukka­n bahagian-bahagian tertentu yang perlu ditambah baik termasuk kadar penyertaan wanita yang rendah dalam tenaga kerja.

Mustapa berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatk­an produktivi­ti secara berfokus dan bersasar dengan hasil yang jelas di peringkat nasional, industri dan perusahaan semasa Rancangan Malaysia Ke-11.

Menurutnya, ini adalah sejajar dengan penekanan WEF kepada produktivi­ti tinggi untuk menangani pertumbuha­n perlahan.

Mustapa berkata asas kukuh perkongsia­n awam- swasta Malaysia akan membantu negara mengekalka­n momentum pertumbuha­nnya untuk menjadi satu daripada destinasi pelaburan dan perdaganga­n utama di Asia.

“Sektor swasta akan terus meningkatk­an usahanya untuk melabur dalam teknologi, meneruskan produktivi­ti dan memupuk inovasi serta bakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia