Utusan Borneo (Sarawak)

Seattle Coffee & Tea tampilkan Illy Coffee yang pelbagai

-

KUCHING: Seattle Coffee & Tea yang terletak di lobi Merdeka Palace Hotel & Suites menampilka­n aneka kopi baharu, Illy Coffee, yang dianggap oleh para penggemar kopi di seluruh dunia sebagai kopi terbaik, bermula September lalu.

Ia juga merupakan salah satu pemilik mesin membuat kopi, La Marzocco, yang begitu canggih dan diperbuat di Itali.

Gabungan Illy dan La Marzocco membolehka­n pengunjung menikmati salah satu kopi terbaik di bandar raya ini.

Kopi istimewa itu, Illy, dihasilkan dari semangat inovasi, gerak hati dan kepakaran pada tahun 1933, diasaskan Francesco Illy di kediaman keluarga di Trieste, Itali.

Dua tahun kemudian, Francesco mencipta ‘illeta’, mesin espreso, revolusi yang digantikan wap dengan udara termampat sekali gus membolehka­n seluruh Itali menikmati kopi berkualiti tinggi.

Gabungan kopi Illy terdiri daripada sembilan kopi kopi Arabiaka berkualiti tinggi dari empat benua yang dibeli terus dari penanam yang adalah betul-betul seimbang, dengan rasa dan aroma sangat menyenangk­an.

Ia juga diadun secara pakar sebelum di bakar dan disejukkan bagi memastikan rasa dan aroma dipelihara dibawa pembungkus­an tekanan.

La Marzocco, diasaskan di Florence, Itali pada tahun 1927, oleh Giuseppe dan Bruno Bambi.

Pada tahun 1939, La Mar- zocco yang dibangunka­n dan mesin kopi pertama dipatenkan dengan dandang mendatar, yang kini merupakan piawaian industri.

Seattle Coffee & Tea menyediaka­n kopi segar, selain pelbagai jenis minuman tanpa kafein, setiap hari dari dalam dan luar Kuching sejak 17 tahun lalu, bersama pastri lazat.

Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam dan untuk maklumat lanjut, hubungi 082-258000 sambungan 8087 atau Pejabat F&B sambungan 8004 (dari jam 8.30 pagi hingga petang).

Orang ramai juga boleh melayari laman webwww. merdekapal­ace.com atau laman Facebook di www. facebook. com/ SeattleCof­feeAndTea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia