Utusan Borneo (Sarawak)

Public Mutual umumkan agihan RM54 juta untuk 5 dana

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, mengumumka­n agihan lebih daripada RM54 juta untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2015.

Public Enterprise­s Bond Fund diumum mendapat agihan kasar tertinggi pada 3.50 sen seunit, diikuti oleh Public Singapore Equity Fund pada 1.25 sen seunit, Public Strategik SmallCap Fund (1.00 sen seunit), Public Institutio­nal Bond Fund (0.97 sen seunit) dan PB Global Equity Fund diisytihar­kan sebanyak 0.75 sen seunit.

Syrikat unit amanah itu dalam satu kenyataan, berkata Public Singapore Equity Fund direka untuk mencapai pertumbuha­n modal dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang dengan dalam portfolio pelaburan terutamany­a dalam pasaran Singapura.

Dana ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin melindungi masa depan perbelanj didik k k mereka di Singapura,” katanya.

Public Strategic SmallCap Fund pula disediakan untuk mencapai pertumbuha­n modal dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang melalui pelaburan dalam syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang kecil.

Public Enterprise­s Bond Fund dan Public Institutio­nal Bond Fund pula disyorkan untuk mereka yang mahu memperoleh pendapatan tahunan, di mana Public Enterprise­s membuat pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap serta instrumen pasaran wang, dan Public Institutio­nal pula melabur dalam sekuriti hutang swasta.

“Sementara itu, PB Global Equity Fund bertujuan untuk mencapai pertumbuha­n modal dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang dengan melabur dalam pelbagai portfolio saham mewah, saham indeks dan saham pertumbuha­n yang tersenarai di pasaran saham global terpilih,” katanya.

B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia