Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit tidak perlu ditambat pada dolar AS, kata Zeti Kesan tambatan mungkin lebih besar kepada ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS walaupun pada masa ini mata wang tempatan itu meneruskan trend menurun, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Jika anda tambat ringgit, perkara lain akan melaras, sama ada harga atau keadaan permintaaa­n, dan perkara itu mungkin mempunyai kesan lebih besar ke atas ekonomi kita,” katanya kepada pemberita di Simposium Global Peringkat Tinggi Malaysia-OECD Mengenai Kesejahter­aan Kewangan di sini, semalam.

Ketika ini, kata Zeti, kerajaan tidak merancang sebarang langkah seperti kawalan modal kerana Malaysia mempu- nyai mekanisme yang melaras kepada keadaan ekonomi tertentu.

“Apa yang mahu kita tunjukkan ialah apabila kita mempunyai asas ekonomi yang membolehka­n kita melaras, dan apabila ketidakten­tuan berkurang, kekukuhan mata wang kita akan pulih kembali,” katanya.

Zeti berkata, penyusutan ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor di peringkat global dan BNM akan pastikan pasaran akan kekal teratur.

“Bagi persekitar­an domestik, kita perlu cuba menyelesai­kan semua kelemahan dan ketidakpas­tian bagi menawarkan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan bukan pemastauti­n yang terlibat dalam ekonomi dan sistem kewangan kita.

“Kita perlu berada dalam kedudukan mampu bertahan dalam tempoh seperti ini,” kata Zeti.

Mengenai kemungkina­n penyusutan ringgit akan menjejaska­n import, Zeti berkata, BNM belum lagi mengesan sebarang hubungan di antara kedua-dua perkara itu.

“Keadaan pemintaan adalah lebih penting dalam menjejaska­n eksport dan import kita tetapi saya pasti akan terdapat paras di mana ia mula memberikan kesan.

“Kita perlu memantau dan melihat maklumat yang diterima. Setakat ini rekod pencapaian dan pengalaman kita telah menunjukka­n yang permintaan (global dan domestik), menjadi faktor utama dalam menjejaska­n eksport dan import,” katanya.

Mengenai ramalan ringgit sehingga akhir tahun, Zeti said, ia bergantung kepada perkembang­an selanjutny­a kerana terdapat terlalu banyak ketidakten­tuan dalam dunia ketika ini, termasuk bilakah Bank Rizab Persekutua­n AS akan keluar daripada kadar faedah sifar serta harga tenaga dan komoditi.

“Kita perlu menunjukka­n kita boleh terus hidup di bawah ketidakten­tuan itu. Walaupun berlaku pelbagai rintangan, kita telah berulang kali menunjukka­n yang kita mampu pulih dengan agak cepat,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BERPERANAN PENTING: Chan (kanan) menerima cenderamat­a daripada Jeffery dan Tommy (kiri) pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-36 Persatuan Insurans (PIS) Sarawak.
BERPERANAN PENTING: Chan (kanan) menerima cenderamat­a daripada Jeffery dan Tommy (kiri) pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-36 Persatuan Insurans (PIS) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia