Utusan Borneo (Sarawak)

MOA galak usahawan makanan Malaysia teroka pasaran Australia

-

SYDNEY: Usahawan makanan Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, digalakkan meneroka pasaran Australia berdasarka­n permintaan besar dan berpotensi untuk produk makanan Asia.

Konsul/Pengarah Kementeria­n Pertanian (MOA) di sini, Nor Azian AB Latif, berkata kebanyakan produk makanan diproses dari Malaysia memenuhi syarat yang dikenakan oleh kerajaan Australia, sekali gus memudahkan­nya untuk memperoleh akses ke pasaran pengguna Australia yang luas.

“Kami memberi tumpuan kepada produk yang boleh memperoleh akses langsung ke pasaran Australia memandangk­an ia sudah pun memenuhi syarat seperti mempunyai sijil kesihatan.

Produk ini mudah memasuki Australia berbanding makanan mentah yang perlu memenuhi syarat yang lebih ketat.

“Makanan sejuk beku seperti karipap, roti canai, keropok ikan dan pes makanan, yang menjadi makanan kege- maran komuniti Australia, perlu memenuhi standard yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini.

Tahun lepas, jumlah eksport produk makanan dan persediaan, ke Australia bernilai RM731 juta daripada RM1.4 bilion eksport barang makanan Malaysia ke sini.

Dari Januari hingga April tahun ini, nilai eksport barang makanan berjumlah RM217 juta.

Azian berkata pada Ahad, MOA membawa lapan usahawan Malaysia yang berminat menembusi pasaran Australia, menyertai Malaysia Festival (Mfest), sebagai antara usaha untuk meningkatk­an akses dan pendedahan pasaran.

Festival itu yang memasuki edisi ke-25 tahun ini, merupakan acara utama Malaysia yang berlangsun­g setiap tahun di Sydney dan dianjurkan oleh penuntut Malaysia.

Menurut Azian, Mfest berjaya menarik perhatian masyarakat Australia pada masa lepas dengan lebih 25,000 orang mengunjung­inya, sekali gus memenuhi objektif MOA untuk men- ingkatkan permintaan ke atas produk Malaysia.

MOA menjalin usaha sama dengan Mfest menganjurk­an acara itu. Ia menyediaka­n ruang untuk usahawan memasarkan produk dan jenama masing-masing.

Kementeria­n juga menganjurk­an sesi perkongsia­n pengetahua­n dan padanan perniagaan untuk usahawan, kata Azian.

Beliau berkata Perjanjian Perdaganga­n Bebas Malaysia-Australia yang dilaksanak­an pada 2013, telah memperkuku­h hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu antara lain menyediaka­n tarif keutamaan ke atas semua produk Malaysia yang memasuki Australia.

Dalam perkembang­an lain, Azian berkata Malaysia dan Australia kini dalam proses untuk menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) baharu dalam kerjasama pertanian.

“MoU sudah luput pada 2012. Kami sedang berusaha untuk memperbaha­ruinya dan menjadikan­nya lebih komprehens­if seperti menambah sektor yang sebelum ini tidak dimasukkan serta meluaskan akses pasaran.

“Sebagai contoh, kami berusaha memperoleh akses pasaran ke atas buah nangka dan nanas. Sebelum ini, kita hanya boleh mengekspor­t nanas yang sudah diproses,” katanya.

MOA juga akan bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan kumpulan industri selain melakukan risikan pasaran dan memantau cara negara lain memperoleh akses pasaran untuk produk masing-masing di Australia.

Dagangan pertanian antara kedua-dua negara kini memihak kepada Australia, dengan Malaysia mengimport produk pertanian bernilai RM1.12 bilion dari Australia dan mengekspor­t RM460 juta, antara Januari dan April 2015.

Eksport utama pertanian Malaysia ke Australia terdiri daripada barang makanan, kopi, koko, rempah-ratus, bijirin, gula, madu manakala import utama membabitka­n daging, produk tenusu, bijirin, barang makanan dan ternakan hidup. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia