Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran bon kekal kukuh walaupun terdapat penjualan pelabur asing: Zeti

-

KUALA LUMPUR: Pasaran bon Malaysia dijangka kekal kukuh walaupun sekiranya terdapat penjualan besarbesar­an daripada pelabur asing, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Sekiranya pelabur asing menjual bon-bon itu, Zeti berkata Malaysia masih memiliki pelabur institusi domestik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd dan Tabung Haji.

“Industri insurans merupakan pemain utama dalam pasaran bon jadi pelabur institusi kita sendiri akan masuk pasaran untuk membelinya (bon), oleh itu kami tidak menjangkak­an sebarang kegagalan fungsi dalam pasaran bon kita,” katanya kepada pemberita pada Simposium Peringkat Tinggi Malaysia- OECD mengenai Kesejahter­aan Kewangan, di sini, semalam.

Zeti berkata demikian apabila mengulas mengenai kemungkina­n penjualan besar- besaran bon berdaulat Kerajaan Malaysia bernilai RM11 bilion, yang dijadualka­n bagi penebusan hari ini, oleh pelabur asing.

Beliau juga berkata dalam krisis kewangan global sebelum ini, negara menunjukka­n keupayaan untuk mengantara­i aliran masuk dan aliran keluar dengan sangat baik.

“Apabila berlakunya krisis kewangan pada 2008 dan 2009, negara mencatatka­n aliran keluar yang amat besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat sekarang dan kita berupaya untuk mengantara­i aliran ini,” katanya.

Meskipun tiada gangguan dalam aliran kredit, Zeti berkata semasa krisis sebelum ini, negara juga berjaya membentuk sistem kewangan cekap yang menunjukka­n bahawa Malaysia telah mencapai kematangan.

“Justeru itu, hakikat bahawa terdapat beberapa jualan bon, sekiranya ada, kita masih memiliki sistem kewangan yang masih boleh mengantara tanpa diganggu.

“Ia akan masih terus berfungsi. Ia tidak menghalang korporat daripada mengumpul dana atau mengganggu penawaran kredit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia