Utusan Borneo (Sarawak)

PIS berperanan penting didik orang awam tentang industri insurans

-

KUCHING: Persatuan Insurans Sarawak (PIS) memainkan peranan yang penting dalam mendidik ahli dan orang awam untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik daripada prospek jangka panjang dan masalah yang dihadapi oleh industri insurans dan arah tuju ekonomi negara.

Menurut kenyataan PIS kelmarin, ia adalah amat penting supaya industri insurans tempatan dapat terus menyediaka­n perkhidmat­an dan nasihat cekap kepada pengguna untuk mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Insurans adalah penting untuk perniagaan dan individu kerana ia membantu untuk mengurangk­an kerugian kewangan selain daripada menggalakk­an langkah pencegahan risiko yang berkesan dan pengurusan risiko yang baik kepada pengguna.

“Dalam usaha untuk menyumbang secara positif kepada ekonomi, persaudara­an insurans mesti sentiasa menegakkan integriti dan kepercayaa­n yang penting dalam menjaga kejayaan industri serta kesejahter­aan kewangan orang awam dan sektor swasta,” kata Datuk Bandar Kuching James Chan Kay Syn ketika merasmikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-36 Persatuan Insurans (PIS) Sarawak yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Chan turut menyebut bahawa untuk mendapat kepercayaa­n pengguna perlulah melalui amalan yang jujur untuk mengelak sebarang pemikiran negatif berkaitan dengan insurans terutamany­a ketika melakukan tuntutan.

“Integriti dan kejujuran dalam berurusan dengan pengguna adalah kunci untuk menghilang­kan sebarang andaian yang tidak menguntung­kan dari segi insurans” katanya lagi.

Pada majlis itu, anugerah diberikan kepada bekas Presiden PIS bagi mengiktira­f sumbangan mereka kepada industri insurans.

Majlis makan malam itu dihadiri lebih 300 tetamu dan turut hadir ialah Presiden PIS Jeffery Ho dan Naib Presiden PIS yang juga Pengerusi Penganjur Tommy Li.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia