Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 70 tahun, Georgia hukum mati wanita curang

-

ATLANTA: Ge o r g i a menjalanka­n hukuman mati ke atas wanita tunggal yang menunggu pelaksanaa­nnya di negeri tersebut pada awal semalam, sekali gus menandakan kali pertama dalam tempoh 70 tahun di mana negeri tersebut menjalani hukuman mati ke atas seorang wanita, sebuah stesen televisyen melaporkan.

Kelly Gissendane­r, 47, mati menerusi suntikan pada jam 12.21 pagi waktu tempatan di sebuah penjara di Jackson, Georgia, stesen televisyen Atlanta WSB-TV melaporkan dalam laman sesawangny­a.

Gissendane­r dijatuhi hukuman mati setelah enggan mengaku salah berkomplot membunuh suaminya pada 1997.

Lelaki yang menjalanka­n penculikan dan pembunuhan mangsa, teman lelaki Gissendane­r ketika itu, Gregory Owen, menerima hukuman penjara seumur hidup setelah membentuk perjanjian dengan pendakwa raya bagi pengakuan bersalah.

Pope Francis, yang menamatkan lawatan enam hari ke Amerika Syarikat Ahad lepas dan penentang lantang hukuman mati, menggesa pegawai kerajaan agar mengurangk­an hukuman mati ke atas banduan itu.

Gissendane­r adalah wanita ke- 16 yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) sejak Mahkamah Agung menguatkua­sakan semula hukuman mati pada 1976.

Lembaga Pengampuna­n dan Parol di negeri itu bermesyuar­at kelmarin untuk memutuskan sama ada keengganan­nya awal tahun ini untuk mengurangk­an hukuman Gissendane­r kepada penjara seumur hidup harus dikekalkan.

Ahli lembaga tidak peduli rayuan terbaharu banduan itu agar hukumannya dikurangka­n, menekankan tentang kelakuanny­a yang amat baik dalam penjara serta kekesalann­ya.

Mahkamah Agung AS kelmarin menolak permohonan minit akhir untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman mati oleh peguam Gissendane­r. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia