Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman perketat peraturan pencari suaka

-

BERLIN: Jerman kelmarin memperketa­tkan peraturan bagi pencari suaka dari rantau Balkan selepas Eropah bergelut untuk menangani ketibaan pendatang yang semakin ramai, dan perangkaan baharu menunjukka­n lebih setengah juta sudah menyeberan­gi Laut Mediterran­ean pada tahun ini.

Berlin menambah Albania, Kosovo dan Montenegro ke dalam senarai negara yang dianggap selamat, dan orang yang menuntut suaka dari negara-negara tersebut dapat dihantar pulang dengan lebih cepat untuk memperuntu­kkan sumber bagi pelarian dari negara yang berperang seperti Syria.

Dasar pintu terbuka Jerman kepada warga Syria sebelum ini telah mencetuska­n perbalahan dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah dari bahagian timur, khususnya Hungary, yang menggunaka­n pendekatan lebih keras dan menutup sempadanny­a kepada pendatang.

Budapest, yang mengundang kritikan meluas kerana pendekatan kerasnya, kelmarin menyatakan ia akan mengemukak­an cadangan kuota pendatang global di satu persidanga­n Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Namun Perdana Menteri Croatia Zoran Milanovic menyelar cara Budapest menangani pendatang selepas melawat sebuah pusat pendatang di timur Croatia.

“Mereka ( Hungary) menimbang untuk menutup pintu sempadan, tetapi bagaimana mereka dapat menghalang orang?

“Tembak mereka? Kerah tentera?” kecam beliau.

Ketegangan berlaku ketika jumlah pendatang yang tiba menerusi Laut Mediterran­ean tidak menunjukka­n sebarang tanda penurunan, dan agensi pelarian PBB ( UNHCR) berkata 515,000 sudah tiba setakat ini pada tahun ini.

Kira - kira separuh melarikan diri daripada perang saudara di Syria, yang menjadi agenda utama di Perhimpuna­n Agung PBB di New York pada minggu ini dan di mana Setiausaha Agung Ban Ki-moon mengadakan mesyuarat mengenai krisis pelarian semalam.

Mencermink­an skala isu itu, kumpulan G7 ekonomi utama dan negara rantau Teluk menjanjika­n dana AS$1.8 bilion kelmarin bagi agensi bantuan PBB yang membantu pelarian Syria.

Berlin pula akan memberi 100 juta euro untuk menambah bantuan pelarian di wilayah asal mereka.

Jerman memperuntu­kkan berbilion euro untuk membantu pencari suaka tetapi dengan 8,000 hingga 10,000 pendatang tiba setiap hari sejak empat hari lalu, ia kini cuba menyekat pendatang ekonomi daripada menyumbat sistem negara.

“Kami mahu memberi isyarat jelas kepada mereka ( yang tidak lari daripada peperangan), jangan datang ke sini, anda tidak ada peluang, anda akan disuruh meninggalk­an negara kami,” kata Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere.

Berlin akan mengurangk­an bantuan kewangan dengan memberikan barangan, bukan wang tunai. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SELESA: Pelarian menikmati makan tengah hari yang disediakan di sebuah pusat sementara dalam dewan olahraga di Hanua, kelmarin.
— Gambar Reuters SELESA: Pelarian menikmati makan tengah hari yang disediakan di sebuah pusat sementara dalam dewan olahraga di Hanua, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia