Utusan Borneo (Sarawak)

30,000 lari dari Bangui

-

BANGUI: Jalanan di ibu negara Republik Afrika Tengah (CAR) lengang selepas penduduk yang ketakutan berlindung di dalam rumah manakala puluhan ribu lagi meninggalk­an rumah masingmasi­ng ekoran serangan dan pertumpaha­n darah selama tiga hari.

“Kita khuatir keganasan yang kita lihat di Bangui membawa kita kembali ke zaman gelap pada hujung 2013 dan 2014, apabila ribuan maut dan puluhan ribu terpaksa meninggalk­an rumah mereka,” kata jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Leo Dobbs kepada pemberita kelmarin.

Sekurang- kurangnya 36 orang terkorban sejak tiga hari yang lalu dan 27,400 lagi meninggalk­an rumah-rumah mereka selepas keganasan terbaharu meletus lagi di negara yang dilanda konflik itu, kata PBB.

Kebimbanga­n mengenai kemasukan pelarian yang mengejut menyaksika­n negara jiran Republik Demokratik Congo (DRC) mengumumka­n penutupan segera sempadan utaranya bersama bekas jajahan Perancis yang dikeliling­i darat itu.

Seorang dalam 10 warga Afrika Tengah, 460,000 orang, mencari perlindung­an di luar negara, khususnya di Cameroon, Chad, DRC dan Congo, sejak keganasan meletus lebih dua tahun lalu.

Ketika mengumumka­n beliau memendekka­n lawatan ke ibu pejabat PBB di New York, Presiden sementara Catherine Samba Panza berkata dalam radio kebangsaan: “Saya merayu kepada anda, rakan-rakan senegara saya, agar bertenang. Saya meminta anda untuk kembali ke rumah.” Bunyi tembakan kedengaran selepas tengah hari di kejiranan Combattant berdekatan lapangan terbang antarabang­sa Bangui di mana 20,000 orang berlindung dekat pangkalan tentera PBB dan Perancis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia