Utusan Borneo (Sarawak)

Makan lembu, lelaki dibunuh

-

NEW DELHI: Polis India semalam menahan enam orang selepas seorang lelaki Islam mati dibelasah garagara khabar angin dia telah memakan daging lembu di negara majoriti Hindu itu.

Mohammad Akhlaq, 50, diheret dari rumahnya di pinggir ibu negara dan diserang kira-kira 100 orang malam Isnin lepas, kata pegawai polis.

“Apabila pasukan kami tiba di lokasi, ramai berhimpun di luar rumahnya.

“Mereka ( polis) berjaya menyelamat­kannya dan membawanya ke hospital,” kata penguasa kanan polis Kiran S.

Anak Akhlaq yang berusia 22 tahun juga parah dan kini dalam unit rawatan rapi.

Membunuh lembu dilarang di kebanyakan negeri di India, yang turut mempunyai minoriti besar Buddha, Kristian dan Islam.

Mac lalu, negeri Maharashtr­a memperketa­t laranganny­a hingga ke tahap pemilikan daging lembu juga salah di sisi undangunda­ng, langkah yang dilihat masyarakat minoriti sebagai tanda kuasa golongan Hindu yang meningkat sejak Perdana Menteri nasionalis Narendra Modi berkuasa.

Khabar angin keluarga itu memakan daging lembu bermula apabila seekor anak lembu dilaporkan hilang di perkampung­an Dadir, 35 kilometer dari New Delhi.

“Pengumuman mengenai keluarga itu dibuat di sebuah kuil dan selepas itu perusuh berarak ke rumah mangsa,” kata Kiran.

Akhbar Indian Express memetik anak perempuan Akhlaq, Sajida, sebagaiber­kata keluarga itu menyimpan daging biri-biri di dalam peti sejuk, bukan daging lembu.

“Mereka menuduh kami menyimpan daging lembu, memecah pintu rumah lalu membelasah bapa dan abang kami.

“Bapa diheret keluar dan dipukul dengan batu-bata,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia