Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel sasari ‘tapak keganasan’ di Gaza

-

KOTA GAZA: Serangan udara Israel berlaku ke atas Semenanjun­g Gaza dalam tindak balas kepada satu roket yang dilepaskan dari wilayah Palestin tersebut yang dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’, kata pegawai semalam.

Tiada laporan diterima mengenai kecederaan baik daripada serangan roket mahupun serangan udara Israel, yang menurut tentera menyasari “empat tapak keganasan”.

Saksi dan sumber keselamata­n Palestin berkata empat kem latihan bagi sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam, terkena serangan. Semuanya kosong pada waktu serangan.

Tiga kem tersebut terletak di Kota Gaza dan kem keempat di pantai utara wilayah itu.

Roket dari Gaza dilepaskan ke arah bandar Ashdod, selatan Israel, menurut tentera.

Puak militan Salafis yang mendakwa ada hubungan dengan kumpulan Islamic State (IS) berkata mereka adalah dalang di sebalik serangan roket baharu-baru ini dari Semenanjun­g Gaza tetapi Israel berkeras meletakkan beban tanggungja­wab ke atas Hamas semata-mata.

Hamas merupakan pergerakan Islamis yang mentadbir Gaza, yang sudah mengalami tiga peperangan menentang Israel sejak 2008, termasuk konflik pada musim panas lalu yang menyebabka­n lebih 100,000 kehilangan tempat tinggal selain mengorbank­an lebih 2,200 lagi.

Satu roket yang dilepaskan pada minggu lepas dari Gaza ke selatan Israel tidak menyebabka­n sebarang kerosakan atau kecederaan.

Tiada sesiapa mengaku bertanggun­gjawab dalam serangan tersebut.

Serangan kelmarin berlaku ketika pertelingk­ahan tercetus sekali- sekala di antara anggota polis rejim dan penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqd­is dan satu pos pemeriksaa­n tentera luar Ramallah, di mana ketegangan memuncak sepanjang cuti perayaan Yahudi Sukkot.

In s i d e n me n y u s u l i pertempura­n pada Isnin di pekarangan Masjid AlAqsa di Baitulmaqd­is di mana tentera rejim yang melontar bom tangan pegun dan gas pemedih mata dibalas penduduk Palestin dengan bom petrol dan batu dari dalam kompleks. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Penduduk Palestin memeriksa kerosakan susulan serangan udara rejim Israel ke atas balai polis Hamas di sepanjang pantai utara Kota Gaza, semalam.
— Gambar AFP MUSNAH: Penduduk Palestin memeriksa kerosakan susulan serangan udara rejim Israel ke atas balai polis Hamas di sepanjang pantai utara Kota Gaza, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia