Utusan Borneo (Sarawak)

12 terlibat bom di Mumbai disabit

-

MUMBAI: Mahkamah di India semalam menjatuhka­n hukuman mati ke atas lima lelaki bagi siri letupan yang memusnahka­n kereta api padat penumpang di Mumbai pada 2006 dan mengorbank­an hampir 200 orang.

Tujuh lagi tertuduh yang didapati bersalah terlibat dalam serangan di ibu kota kewangan India itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah khas berkenaan, menurut peguam bela mereka kepada para wartawan.

Kesemua 12 lelaki terbabit didapati bersalah melakukan pembunuhan, merancang konspirasi dan melancarka­n perang ke atas negara dalam kes siri serangan selaras yang mengorbank­an 189 orang dan mencederak­an lebih 800 lagi.

Peguam bela mereka Wahab Khan berkata, kesemua pesalah akan membuat rayuan.

“Kami masih percaya mereka telah dijadikan kambinghit­amdanmahka­mah hanya bergantung kepada pengakuan, bukannya bukti kukuh,” katanya kepada para wartawan di luar mahkamah.

Tu j u h le t u p a n memusnahka­n kereta api pinggir bandar semasa waktu sibuk petang Julai 2006.

Bom- bom berkenaan disumbat ke dalam periuk tekanan, disimpan di dalam beg dan disembunyi­kan di bawah timbunan akhbar dan payung dalam kereta api berkenaan.

Pada keseluruha­nnya polis mendakwa 30 orang berhubung serangan berkenaan termasuk 13 warga Pakistan yang bersama empat suspek tempatan yang belum lagi ditangkap.

Pendakwa raya berkata, alat- alat itu dipasang di Mumbai dan sengaja ditempatka­n dalam gerabak kelasperta­mauntukmen­yasari komuniti berada Gujarat di bandar raya tersebut.

Mereka percaya serangan bom itu bertujuan membalas dendam bagi rusuhan berdarah di negeri barat Gujarat pada 2002 yang mengorbank­an kira- kira 2,000 orang, kebanyakan­nya penduduk Muslim.

Pendakwa raya menuduh ku m p u l a n mi l i t a n berpangkal­an di Pakistan Lashkar-e- Taiba sebagai pihak sebenar yang mendalangi serangan itu namun sebuah kumpulan tidak dikenali bernama Lashkar-e-Qahhar mengaku bertanggun­gjawab.

Selama sembilan tahun perbicaraa­n dijalankan, mahkamah menyoal siasat hampir 250 saksi.

Tertuduh diwakili Shahid Azmi, peguam dan aktivis hak asasi manusia beragama Islam yang dibunuh dalam keadaan penuh misteri oleh lelaki bersenjata tidak dikenali pada 2010.

Kesemua t ertuduh yang disabitkan semalam boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung di New Delhi.

Sekirnaya gagal, mereka boleh memanjangk­an rayuan kepada presiden, dalam proses yang menurut pakar mampu mengambil masa kira-kira setahun. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DISABITKAN: Salah seorang tertuduh (tengah) dieskot ke van polis dalam perjalanan ke mahkamah di Mumbai, semalam.
— Gambar AFP DISABITKAN: Salah seorang tertuduh (tengah) dieskot ke van polis dalam perjalanan ke mahkamah di Mumbai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia