Utusan Borneo (Sarawak)

LAHIR MODAL INSAN BERKUALITI

Lahir modal insan berkualiti untuk bangun negeri ini khasnya kawasan luar bandar: Jabu

- Oleh Jessica Jawing

Pembanguna­n Sarawak memerlukan pakar termasuk kimia, pakar pertanian serta pakar biologi.

KOTA SAMARAHAN: Sarawak memerlukan generasi muda yang berdaya saing dan cerdik pandai dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk bersama membangunk­an negeri ini khasnya kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk PatinggiTa­nSriAlfred­JabuNumpan­g berkata, ia termasuk melengkapk­an mereka dengan pengetahua­n sains, teknologi dan inovasi yang merupakan kunci kepada pembanguna­n negara dan negeri.

“Di Sarawak untuk mencapai hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mahu membangunk­an luar bandar, kita memerlukan golongan cerdik ini untuk bersama membangunk­annya.

“Namun cara berkesan untuk mencapai hasrat berkenaan pastinya mekanisme kita iaitu peranan institusi dalam melahirkan pakar termasuk kimia, pakar pertanian serta pakar biologi kepada Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Pro Canselor UNIMAS berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kimia Malaysia 2015 (K2M) Zon Sarawak anjuranIns­titutKimia­Malaysia(IKM) Cawangan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan di UNIMAS di sini, semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata, kini banyak peluang dalam bidang berkenaan yang terbuka kepada anak-anak muda.

Namun kata beliau, ia terpulang kepada mereka untuk mendapatka­nnya dengan mengambil jurusan seperti sains, kimia dan biologi.

“Kita mempunyai hab halal yang mengeluark­an makanan berasaskan bioteknolo­gi dan ia pastinya memerlukan pakar dalam bidang berkaitan,” katanya.

Beliau pada masa yang sama turut memberi cabaran kepada UNIMAS dan pihak berkaitan supaya menggunaka­n kemahiran inovatif dan kreativiti yang ada untuk bersaing di persada dunia.

Namun cara berkesan untuk mencapai hasrat berkenaan pastinya mekanisme kita iaitu peranan institusi dalam melahirkan pakar termasuk kimia, pakar pertanian serta pakar

” biologi kepada Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang Timbalan Ketua Menteri

Jabu berkata dengan demikian ia pastinya akan memberi nama baik kepada graduan yang dilahirkan untuk pasaran kerja mereka nanti.

“Kita dimaklumka­n banyak rungutan dan rintihan graduan daripada institusi pengajian yang ada kini, masih belum mendapat peluang pekerjaan dan agak sukar mencari kerja.

“Maka kita berharap Kementeria­n Pendidikan Malaysia bersama agensi berkaitan supaya menentukan atau menilai kebolehpas­aran graduan daripada universiti awam di Malaysia,” katanya.

Ia termasuk pendedahan dunia sebenar pekerjaan kepada graduan selain melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran seperti mengem- bangkan bahasa Inggeris, memiliki kemahiran dalam sains, teknologi dan matematik.

Sementara itu Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya berkata, penganjura­n karnival berkenaan adalah amat penting untuk membangkit­kan kesedaran di kalangan pelajar khasnya dengan kemapanan kimia dan memupuk minat mereka.

“Sewajarnya kita perlu memupuk ilmu pengetahua­n serta minat dalam bidang kimia seawal usia lagi.

“Justeru dengan penglibata­n pelajar dalam karnival seperti ini, mereka dapat menghayati dan menghargai keajaiban sains dan terus menanam minat serta semangat ingin tahu pada kimia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? INOVATIF: Jabu diiringi Mohd Kadim (kiri) serta Pengerusi IKM Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai (belakang, kanan), Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi Profesor Dr Kopli Bujang (belakang, kiri) melawat pameran sempena K2M 2015, semalam.
INOVATIF: Jabu diiringi Mohd Kadim (kiri) serta Pengerusi IKM Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai (belakang, kanan), Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi Profesor Dr Kopli Bujang (belakang, kiri) melawat pameran sempena K2M 2015, semalam.
 ??  ?? TEKNOLOGI: Jabu tertarik dengan pameran yang diadakan semasa lawatan, sambil diiringi Chai (kanan) dan Mohd Kadim (tiga kanan).
TEKNOLOGI: Jabu tertarik dengan pameran yang diadakan semasa lawatan, sambil diiringi Chai (kanan) dan Mohd Kadim (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia