Utusan Borneo (Sarawak)

YEO’S DIDIK PELAJAR SEKOLAH GAYA PEMAKANAN SIHAT

-

LEBIH 2,500 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di Miri telah mendapat manfaat mengenai maklumat kesihatan dan gaya pemakanan sihat yang disampaika­n oleh Syarikat Yeo Hiap Seng atau lebih dikenali sebagai Yeo’s (Malaysia), di bawah program pengenalan kepada minuman yogurtnya.

Penyelia Pemasaran Yeo’s Trading Sdn Bhd cawangan Miri, Wee Siew Beng memberitah­u program tersebut yang bermula pada 28 September lalu, telah menjelajah ke tiga buah sekolah setakat ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chung Hua Krokop; SJK (C) Chung Miri pada 29 September dan semalam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) St Columba.

Menurut Wee, di bawah program Siri Jelajah Perut Sihat Bersama Yeo’s, pihaknya menyampaik­an ceramah berkenaan dengan gaya pemakanan yang sihat di kalangan muridmurid sekolah rendah dengan memperkena­lkan minuman yogurt keluaran syarikat tersebut, Yeogurt Yeo’s.

Katanya, rangkaian minuman Yeogurt Yeo’s yang terdiri daripada pelbagai perisa, adalah minuman yang menyihatka­n dan sesuai diperkenal­kan serta diminum oleh kanakkanak pada usia mereka.

Ini kerana katanya, corak pemakanan kanak-kanak pada usia berkenaan lebih menjurus kepada snek, manisan serta makanan segera, yang memerlukan tambahan bagi kesihatan usus dan sistem penghadama­n mereka.

“Justeru minuman yogurt diperkenal­kan di kalangan murid-murid sekolah agar mereka tahu pentingnya penjagaan sistem penghadama­n mereka, yang sekali gus menyumbang kepada kesihatan tubuh badan dan tumbesaran mereka,” tambahnya.

Sempena ceramah kesihatan tersebut, Yeo’s turut mengedarka­n sampel minuman Yeogurt Yeo’s berkenaan untuk pelajar-pelajar sekolah yang terbabit.

“Setakat ini, kami mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada pelajar terutamany­a pihak pengurusan sekolah, yang menyedari objektif penting kami dalam mendidik murid-murid mereka gaya pemakanan yang sihat dan penjagaan sistem penghadama­n mereka,” jelasnya.

Menurut Wee lagi, jelajah program kesihatan mereka ke SJK (C) Chung Hua Krokop di Miri telah melibatkan penyertaan seramai 1,100 murid sekolah; manakala di SJK (C) Chung Hua Miri, ceramah mereka dihadiri oleh seramai 735 orang murid dan SK St Columba ialah seramai 750 orang murid.

Program tersebut katanya, tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya akan diteruskan ke dua buah sekolah lagi iaitu SJK (C) Chung Hua Pujut pada 1 Oktober dan SJK Chung San pada 2 Oktober.

Sementara itu Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo’s Malaysia, Jeo Wong, memberitah­u program ‘Siri Jelajah Perut Sihat Bersama Yeo’s’ itu bertujuan mendedahka­n kepentinga­n menjaga usus badan muridmurid dan memberi tip untuk menjaga sistem penghadama­n dengan berkesan, antaranya adalah Yeogurt Yeo’s yang mengandung­i kandungan asid laktik dan susu.

“Program ini merupakan salah satu kegiatan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Yeo’s yang telah dilaksanak­an untuk seluruh sekolah di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Yeo’s mengalu-alukan sekolah di Miri atau sekolah di Sarawak untuk menyertai Program CSR ini bagi meningkatk­an kesedaran penjagaan kesihatan usus di peringkat sekolah.

Sekolah-sekolah yang berminat boleh menghubung­i pegawai penyelia bagi program Yeo’s untuk sekolahsek­olah di negeri Sarawak, iaitu Yenny Lee, di talian 010-9799221 untuk urusan yang seterusnya dan sebarang pertanyaan berhubung program tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI YEO’S: Pengurus Kanan Wilayah Yeo’s Miri, Billy Chin (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a kenangan kepada guru besar SJK (C) Chung Hua Krokop, sambil disaksikan oleh kedua-dua Pegawai Eksekutif Jualan Yeo’s Miri, Yong dan Yenny Lee (kanan sekali).
SERTAI YEO’S: Pengurus Kanan Wilayah Yeo’s Miri, Billy Chin (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a kenangan kepada guru besar SJK (C) Chung Hua Krokop, sambil disaksikan oleh kedua-dua Pegawai Eksekutif Jualan Yeo’s Miri, Yong dan Yenny Lee (kanan sekali).
 ??  ?? MAHU SIHAT: Murid-murid SK St Columba menikmati sampel minuman Yeogurt Yeo’s
yang diedarkan kepada mereka oleh para pegawai Yeo’s Trading Sdn Bhd Miri.
MAHU SIHAT: Murid-murid SK St Columba menikmati sampel minuman Yeogurt Yeo’s yang diedarkan kepada mereka oleh para pegawai Yeo’s Trading Sdn Bhd Miri.
 ??  ?? SOKONG: Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJK (C) Chung Hua Miri menunjukka­n
sample minuman Yeogurt Yeo’s yang diberikan kepada mereka.
SOKONG: Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SJK (C) Chung Hua Miri menunjukka­n sample minuman Yeogurt Yeo’s yang diberikan kepada mereka.
 ??  ?? SIHAT: Seramai 1,100 murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 dari SJK (C) Chung Hua
Krokop mendengar ceramah minuman kesihatan Yeogurt Yeo’s.
SIHAT: Seramai 1,100 murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 dari SJK (C) Chung Hua Krokop mendengar ceramah minuman kesihatan Yeogurt Yeo’s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia