Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur SCORE ditingkat

Ia wujud peluang baharu pelaburan di kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pembanguna­n infrastruk­tur dan utiliti di kawasan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE) akan terus dipertingk­atkan dalam usaha mewujudkan peluang baharu pelaburan di kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah ( RECODA) Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot berkata sejak dirasmikan pada 2008 hingga kini pihaknya mendapat peruntukan RM2.5 bilion daripada kerajaan pusat bagi membangunk­an infrastruk­tur dan utiliti di kawasan wilayah tengah Sarawak yang sepanjang 320 kilometer itu.

Menurutnya 10 industri strategik dikenal pasti berpotensi dibangunka­n di SCORE antaranya industri berasaskan minyak ( petroleum dan gas), aluminium, keluli, kaca, industri berasaskan kelapa sawit, perikanan dan akuakultur serta pelanconga­n.

Katanya setiap industri strategik itu dibangunka­n dalam lima nod pertumbuha­n utama SCORE iaitu Tanjung Manis, Mukah, Samalaju, Baram dan Tunoh.

“Apabila bercakap mengenai SCORE atau koridor kita, sebenarnya berbicara mengenai pelan, yang dapat menjana pulangan, mempromosi­kan pelaburan dan seterusnya eksport.

“Namun pelaburan di SCORE perlu dilihat dalam konteks yang pelbagai dan untuk memastikan pelabur datang melabur di sini, kita mesti ada kemudahan serta utiliti.

“Malah ada pelabur mahukan bandar baharu diwujudkan seperti yang telah berjaya kita lakukan di Samalaju,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucaptama pada Rundingan Panel bertajuk ‘Peluang-Peluang Pelaburan SCORE 2015-2020’ di sebuah hotel di sini, semalam.

Rundingan anjuran Oxford Business Group (OBG) dan RECODA itu disertai empat lagi ahli panel iaitu Pengarah Editor Asia OBG Paulius Kuncinas, CEO Sarawak Energy Berhad Datuk Torstein Dale Sjotveit, Ketua Bahagian Pembanguna­n Samalaju di CMS Datuk Isaac Lugun dan CEO Kumpulan Press Metal Bhd Datuk Paul Koon Poh Keong.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Baya berkata sementara infrastruk­tur fizikal kritikal untuk menarik pelaburan dan menyediaka­n perhubunga­n, keutamaan infrastruk­tur sosial di bawah SCORE harus memfokus kepada pembanguna­n pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan rekreasi.

Pembanguna­n itu katanya, penting dan perlu untuk menampung pertumbuha­n pesat populasi di SCORE apabila ia beroperasi sepenuhnya nanti.

“Nod pertumbuha­n Mukah misalnya, di situ kita ada pelbagai institusi pendidikan yang tidak hanya universiti tetapi pusat latihan teknikal dengan tujuan menyediaka­n tenaga kerja mahir khususnya untuk SCORE.

“Tetapi sebelum itu kita perlu membangunk­an infrastruk­tur di situ selain bekalan elektrik dan air terawat,” katanya.

Menyentuh mengenai peluang pelaburan di SCORE, Baya berkata antara peluang pelaburan yang berpotensi diterokai pada masa akan datang ialah industri pelanconga­n dan makanan.

Nod pertumbuha­n Baram katanya, mempunyai potensi besar dibangunka­n sebagai destinasi ekopelanco­ngan kerana kawasan tanah tinggi Sarawak itu kaya dengan keindahan

Apabila bercakap mengenai SCORE atau koridor kita, sebenarnya berbicara mengenai pelan, yang dapat menjana pulangan, mempromosi­kan

” pelaburan dan seterusnya eksport. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot CEO RECODA

alam semula jadinya.

Justeru ujarnya perhubunga­n ke nod-nod luar bandar seperti Baram akan diperhebat­kan dan sebagai permulaan pembinaan jalan dan jambatan merentasi Sungai Baram yang menelan kos besar.

“Kita juga merancang membangunk­an kawasan pertanian bersepadu tanah tinggi di Bario bagi menjadikan­nya ‘food basket’ dan Bandar Baharu Telang Usan sebagai pusat pertumbuha­n wilayah untuk kawasan pedalaman (di situ),” ujarnya.

Mengenai pelaburan di Samalaju, Baya berkata setakat ini lebih RM36 bilion nilai pelaburan disumbang oleh pelabur.

 ??  ??
 ??  ?? INFRASTRUK­TUR PERLU: Baya ketika menyampaik­an ucaptama pada Rundingan Panel bertajuk ‘Peluang-Peluang Pelaburan SCORE 2015-2020’.
INFRASTRUK­TUR PERLU: Baya ketika menyampaik­an ucaptama pada Rundingan Panel bertajuk ‘Peluang-Peluang Pelaburan SCORE 2015-2020’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia