Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang serlah kreativiti melalui ‘Yeo’s I Love Malaysia Video Contest’

-

ORANG ramai dipelawa untuk menyerlahk­an kreativiti masingmasi­ng dengan menyertai peraduan anjuran peneraju minuman dan makanan terkemuka, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s), ‘Yeo’s I Love Malaysia Video Contest yang menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang.

Peraduan yang menawarkan hadiah wang RM25,000 itu adalah kesinambun­gan dari kempen ‘Yeo’s I Love Malaysia’, yang bertujuan untuk menarik minat rakyat Malaysia menzahirka­n rasa cinta mereka melalui idea dalam pembikinan video yang bertemakan cinta terhadap negara.

Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Ong Chay Seng berkata, setiap penceritaa­n dan interpreta­si rakyat Malaysia adalah berlainan tetapi ia mempunyai tema sama, iaitu cintakan negara.

“Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada rakyat Malaysia dalam meluahkan rasa cinta terhadap negara kita yang tersayang dengan menghasilk­an sebuah video yang berdurasi 60 saat bagi tontonan rakyat Malaysia.

“Melalui peraduan ini, mereka berpeluang menceritak­an pandangan serta fikiran mereka mengenai ‘kemerdekaa­n’ dengan cara dan cerita tersendiri yang boleh dikongsika­n melalui sudut pandangan tersendiri sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya menerusi sebuah kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Peraduan itu bermula 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaa­n Malaysia sehingga 31 Oktober 2015.

Bagi yang berminat untuk turut serta dalam peraduan itu, mereka hanya perlu menghasilk­an sebuah video berdurasi 60 saat dalam apa jua cara seperti animasi, dokumentar­i atau drama pendek dan sebagainya berdasarka­n kreativiti yang tersendiri.

Cara untuk menghantar video adalah memuat naik ‘Wetransfer’ melalui laman sesawang dan e-mel kepada ilovemalay­sia@yeos. com atau poskan kepada alamat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad, 7, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Video yang dihantar haruslah disertakan dengan maklumat seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, E-mel dan sinopsis ringkas mengenai video tersebut.

Sebagai galakan, hadiah-hadiah lumayan tersedia untuk dijadikan habuan. Menerusi peraduan itu, pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang RM25,000 dan produk Yeo’s, tempat kedua pula bakal menerima RM5,000 dan produk Yeo’s, manakala tempat ketiga bakal mendapat RM3,000 juga berserta produk Yeo’s. 10 hadiah sagu hati menerima RM1,000 berserta produk Yeo’s dan ganjaran buat tahun ini dimeriahka­n dengan kategori tambahan seperti ‘Most Shared Award’ dengan ganjaran RM1,000 berserta produk Yeo’s di mana peserta perlu mendapat bilangan kongsian terbanyak melalui video mereka sendiri.

Peraduan itu turut mempunyai tiga lagi kategori tambahan seperti ‘Best Patriotic Video’, ‘Most Touching Video’, dan ‘Funniest ‘LOLz’ Video’ di mana pemenangny­a akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM1,000 serta produk Yeo’s.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, layari laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com. my/ilovemalay­siavideoco­ntest dan ikuti perkembang­an peraduan di lamanlaman rasmi media sosial Yeo’s Malaysia seperti Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram, atau berhubung melalui talian perkhidmat­an pelanggan di 1300-80-2828.

 ??  ?? SERLAH KREATIVITI: Serlahkan kreativiti anda dengan
menyertai ‘Yeo’s I Love Malaysia Video Contest’.
SERLAH KREATIVITI: Serlahkan kreativiti anda dengan menyertai ‘Yeo’s I Love Malaysia Video Contest’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia