Utusan Borneo (Sarawak)

CEO kongsi pengetahua­n bersama pelajar UNIMAS

-

LEBIH 500 orang pelajar dan kakitangan akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menghadiri Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang diadakan di CTF 1, Fakulti Kejurutera­an UNIMAS, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif di UNIMAS telah menjemput Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Azman Ismail sebagai CEO terpilih bagi memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada peserta.

Menurut Azman, beliau melihat program itu sebagai landasan untuk berinterak­si sekali gus mengetahui input daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata, ia merupakan peluang yang baik untuk membantu pihak universiti terutama pelajar dalam perkara berkaitan kebolehpas­aran graduan terutama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengurangk­an kadar penganggur­an di negara ini.

“Di pihak Shell sendiri, kita juga hendak mencari ruang yang baharu seperti juga di universiti-universiti lain terutama dalam kalangan pelajar dan kakitangan yang merupakan pelanggan kita baik dalam pekerjaan atau perniagaan,” katanya lagi.

Tambahnya, program itu nanti akan menjadi landasan untuk menghubung­kan silaturahi­m antara dua hala iaitu antara Shell dan warga universiti termasuk generasi baharu seperti generasi Y dan generasi Z.

Sementara itu, Azman turut membentang­kan dua topik menarik iaitu pengurusan projek dan kewangan dan sifat kepimpinan sebagai seorang jurutera.

Secara ringkas, Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif f telah dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa/Rektor (JKTNCRA) Bil 46.

Pelaksanaa­n itu adalah seiring dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2015-2025) yang berhasrat melahirkan graduan yang holistik dan seimbang serta membina jalinan kerjasama antara universiti dengan industri.

Ia dilihat sebagai ruang kepada golongan CEO tempatan berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar di dewan kuliah sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar dengan golongan profesiona­l.

Turut hadir menyaksika­n pembentang­an beliau adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia