Utusan Borneo (Sarawak)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Dark Awakening Klasifikas­i: 18 Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2015 Bahasa: Bahasa Inggeris Genre: Seram / Ngeri Pengedar: GSC Movies Pengarah: Dean Jones Pelakon: Lance Henriksen, Jason Cook, Valerie Azlynn, William Pifer

Sipnosis ~ Selepas kematian ibunya dan tertekan dengan kerjayanya sebagai peguam, James Thomas membuat keputusan untuk dia, isterinya Jennifer dan anak lelaki mereka berusia tujuh tahun Danny berpindah ke sebuah kawasan perumahan di pedalaman North Carolina. Selepas mereka menetap di situ, mereka mula mengalami kejadian aneh. Rumah tersebut dihantui oleh sembilan roh kanakkanak. Demi menyelesai­kan masalah itu, Jennifer telah meminta bantuan Paderi Donovan. Malangnya misteri di sebalik masalahnya menjadi semakin rumit selepas dia mendapati bahawa Donovan menyimpan satu rahsia, iaitu dia sedar akan asal usul roh kanak-kanak itu.

Judul: Pontianak Menangis Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2015 Bahasa: Bahasa Melayu Genre: Komedi / Seram Pengedar: Alternate Pictures Sdn Bhd Pengarah: Ismail Jejaka Pelakon: Rahim R2, Yassin, Hamdan Senario

Sipnosis ~ Filem ini mengisahka­n tentang Kampung Selamat yang sering diganggu oleh pontianak selain sering berlakunya kecurian harta benda penduduk kampung. Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan telah berpakat untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi mereka. Seorang pemuda bernama Man Kelentong telah memberitah­u bahawa dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah Jawa yang digelar sebagai Raja Paku. Penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Man Kelentong. Man Kelentong kemudian berpakat dengan rakannya Mat Nyeh untuk menyamar sebagai Raja Paku.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia