Utusan Borneo (Sarawak)

Zul Ariffin & Almy Nadia berjiran dalam

di TV2

-

PENGALAMAN hidup bermasyara­kat terutama melibatkan kejiranan sememangny­a pelbagai ragam. Namun setiap daripada kita tidak dapat lari daripada hidup berjiran tidak kira bagi yang tinggal di kawasan perumahan, kampung, flat atau kondominiu­m sekalipun.

Dapat jiran suka bercakap, suka bergosip, kerap membuat bising atau bergaduh pastinya memeningka­n. Namun tidak dinafikan ada juga di kalangan jiran tetangga yang menyenangk­an, prihatin, mengambil berat, suka membantu dan bertanya khabar.

Cuba berkongsi ragam dalam hidup berjiran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangka­n sebuah drama bersiri bertajuk ‘Kondominiu­m’ sejak 30 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.00 petang mengisi slot Galeri Famili di TV2.

Menggandin­gkan pelakon Syazwan Zulkifli, Zul Ariffin, Almy Nadia, Syatilla Melvin, Eina Azman, Riz Amin, Shahrul Kamal dan Dilla Ahmad, usah ketinggala­n

ZuL Ariffin dan Almy Nadia. menyaksika­n 13 episod ini yang mengisahka­n penduduk di sebuah penempatan perumahan Kondominiu­m Villa Wangsa Emas milik Muhammad.

Cerita bermula, apabila Zura datang dari Pulau Pinang mencari kawannya yang tinggal di apartmen ini. Namun kawannya tidak lagi tinggal di sini. Nasib baik Zura terjumpa Malek dan Johan yang sedia membantu.

Zura dikenalkan dengan

WATAK UTAMA: Almy Nadia pegang watak utama. kawan mereka Rozana dan Aiza di mana Zura menyewa bersama mereka. Mereka tinggal berjiran bersama penyewa dan pemilik apartmen di situ.

Pelbagai ragam, kejadian dan permasalah­an peribadi dan keluarga terjadi. Setiap permasalah­an dapat ditangani dengan adanya semangat kejiranan dan tolong-menolong.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

‘Kondominiu­m’

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia